The life memory....
Mungkin ramai yang rasa pelik dengan title yang saya nak cerita ni.. iyalah saya ni bukan suka sangat nak terlibat atau bercakap hal2 politik. Misalnya, sebelum pilihanraya semua sibuk bercerita pasal ahli2 politik dan pemimpin kita..ada yang pro dan tak kurang juga yang anti sesebuah parti dan pemimpin ..kadang2 saya malas nak comment,salah satu sebabnya saya tak tahu dan kenal sangat dengan politician yang diceritakan tu..takut2 jadi fitnah pula..tapi apa yang nak saya ceritakan ni lain sikit, salah seorang ahli politik yang pernah saya kenal dan temu bual secara peribadi bersama salah seorang mahasiswi berbangsa Jepun bernama Ayako pada tahun 2005..
Ayako...
Saya nak introduce dulu siapa dia Ayako..dia adalah salah seorang mahasiswi Universiti di Tokyo Jepun,mengambil jurusan foreign study dan datang ke malaysia satu tahun untuk mempelajari bahasa melayu di UKM Bangi...dan sekembali nya di Tokyo dia telah mengajar Azura bahasa jepun...di situ lah perkenalan Azura dengannya..Bila perhimpunan Umno Malaysia diadakan Ayako telah kembali ke sini untuk menemuramah beberapa ahli politik Umno saperti Azalina othman, Hishamudin dan beberapa orang lagi termasuk lah Dr.Zamry..untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan politik di Malaysia dan Umno Am nya.. oleh kerana dia datang semasa perhimpunan Umno di adakan, dan masa agak terhad bagi semua pemimpin Umno, jadi tak seorang pun yang dapat di temu bual untuk mendapatkan info..
Nasi lemak ..
Azura dah bagitau saya tentang kedatangan Ayako ke Malaysia..dan sempat dia suruh Ayako call saya dan singgah ke rumah..kebetulan Ayako akan singgah dalam pukul 11 pagi jadi saya nak jamu dia nasi lemak,ayam goreng saja tentu dia suka..sebab dia dah pernah tinggal di sini..selalu nya foreign student yang baru ke Malaysia akan cerewet pasal makan ..tapi kalau dah lama sikit,mesti mereka suka ..tak kira lah sambal,kari ke!!kadang2 tu yang tak suka durian pun lama2 boleh jatuh cinta..begitu lah ragam nya, dah ramai juga yang jadi anak angkat kami..hingga sekarang mereka masih berhubung dan ada yang datang balik ke sini..pertama kali saya bertemu Ayako apabila saya menjemput nya di LRT station Taman Bahagia... dan saya bawa dia terus ke rumah... Saya tanya dia apa2 yang boleh saya bantu, dalam tugasan mendapatkan info,untuk menyiap kan thesis nya...at least bila balik ke Jepun tak lah dengan tangan kosong ..dia kata semua ahli politik yang di hubungi tiada respond ,terlalu sibuk..sebab perhimpunan Umno..saya minta nama ahli2 politik yang lain,so dia beri nama Dato'Dr.Zamry .. saya call dan set kan appt...oleh kerana banyak sangat birokrasi berhadapan dengan PA mereka..saya kena bijak main kata2 dan strategi..supaya mereka boleh anggap kita ni very important person to the politician to meet..bila dah set appt. baru saya ajar Ayako untuk siap kan apa2 soalan yang nak di tanyakan..saya kata kan pada nya, we must look intelligent and smart,then only they will respect us..
Pemimpin sejati..
Bila tiba di pejabat Dato" Dr.Zamry ..rasa gementar pun ada ,ialah nak interview dia personally,macam2 dok pikir..takut juga kalau silap soalan balik dengan tangan kosong ..appt. kami sepatut nya pukul 12 tgh hari,di tunda sikit sebab Dato' masih ada meeting ..so kami menunggu sehingga disuruh masuk ke bilik mesyuarat,duduk lah saya dengan Ayako sehingga Dato' datang memberi salam,oleh kerana cuma kami bertiga saja ..saya rasa lebih relax sikit untuk sesi temu bual ..saya kenal kan diri dan tujuan kami untuk berjumpa dgn nya..dan selebih tu saya serahkan pada Ayako untuk mengemukakan beberapa soalan,setelah puas dengan jawapan yang di beri oleh Dato' baru lah kami beralih kepada topik yang lebih santai..dan baru lah kami tahu rupa2 nya Dato'ni memang selalu dapat jemputan sebagai speaker di Jepun ,dan kebetulan dia akan berada di tempat Ayako minggu akan datang nya..so saya suruh Ayako ambil contact Dato' dan hubungi dia bila di Jepun nanti..just to get more info and built up the relation ship.. and she did that..selepas beberapa minggu saya terima surat dari Ayako mengucapkan ribuan terima kasih kerana menolong dan mengajar dia macam mana nak bercakap dengan vIP...dan nak dapatkan banyak info dari Dato'...
Pemimpin berkarisma..
Semasa saya dan Ayako menemubual Dato'Zambry,saya sempat kata kan pada Dato' sepatut nya dia berada dalam barisan kabinet..kerana dia mempunyai ciri2 seorang pemimpin yang intelligent, berkarisma,low profile dan ikhlas dalam perjuangan politik nya..dan saya percaya suatu hari nanti Dato'akan menjadi pemimpin yang berwibawa..itu lah telahan saya 4 tahun lepas..sambil tersenyum Dato' mendengar pujian saya yang ikhlas dan jujur..
Hari ini dalam sejarah
Tiga hari lepas.. bila saya on TV.. channel RTM 1.. ,racangan menemubual Dato'Dr Zambry dan Dato' Zahid Hamidi disiarkan..saya terus menonton hingga saya tahu topik yang di bual bicarakan tu .. ,tentang pergolakan politik di Perak hingga MB letak jawatan dan akhirnya BN mengambilalih dan yang penting nya Dato' Dr.Zambry dilantik sebagai MB baru..saya rasa terkejut dan tersenyum puas, kerana akhir nya pemimipin yang pernah saya puji ikhlas suatu hari dulu jadi kenyataan..bayang kan kalau semua rakyat berdoa yang baik2 pada pemimpin yang ikhlas akan berkat lah negara kita..tapi sekarang ni lain sikit bila nampak aje pemimpin mesti ada yang nak kutuk,kerana ramai yang tak ikhlas dalam perjuangan mereka..kalau di beri kesempatan lagi ,dapat berjumpa dengan Dato',saya nak ucapkan syabas dan tahniah kerana sabar menanti giliran, untuk menjadi seorang pemimpin..
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)