Monday, December 29, 2008

27.12.2008-MALACCA

WEDDING
Bila papi ajak ke Melaka untuk menghadiri majlis kahwin, saya ikut kan saja..dan kebetulan hari Isnin public holiday..so kami plan untuk tidur semalam disana,mungkin ramai yang tak akan hadir kan diri kalau dapat jemputan jauh sikit dari KL,especially ekonomi dunia tengah meleset..dan kita perlu jimat cermat..tapi bukan pada papi,kadang2 tu dia memang seronok nak keluar dari K.L..sambil2 pergi majlis kahwin ,sempat juga ambil angin sehari dua..lari sekejap dari kesibukan suasana bandar dan kerja...di Melaka kami bermalam di SHAH VILLAGE RESORT di TANJUNG KLING..kebetulan besok nya MAAL HIJRAH..so memang saya plan buat 3 program dalam satu hari baru ada keberkatan nya..pertama hadir kan diri di majlis kahwin walau pun jauh..kedua bercuti dan ketiga menghadirkan diri di majlis menyambut awal Muharam di masjid berdekatan..baru rasa complete sikit ... saya cuba pratik kan apa2 aktiviti pun dengan input2 islam ..especially untk family dan anak2 yang dah meningkat dewasa,supaya boleh menjadi contoh pada next generasi..sikit2 lama2 jadi satu budaya itu lah yang saya harap kan..

THE PEACE OF MIND..
Walau pun menghadapi macam2 dugaan dalam hidup ini..SATU.....yang pasti nya ia datang dari ALLAH untuk menduga keimanan kita,bertapa tenguh nya ia..ada kah bertambah kuat atau lemah,setiap orang ada jawapan nya sendiri..bila duduk2 di tepi pantai memerhati kan ombak2 yang bergelora,lautan yang luas..tuipan angin yang kuat memberi keinsafan pada kita, bertapa besar nya kuasa ALLAH yang kita terlepas pandang..ia seolah-olah memberi satu terapi minda yang positif dari alam semula jadi di sekeliling kita..SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH..




















MIMI oh mimi..
Sesiapa yang dah membaca blog adik saya ..mesti kenal siapa Mimi..dia ada lah anak buah saya yang kehilangan ibu pada awal tahun ni..Mimi anak bongsu dari empat beradik ,berumur 11tahun..memang tengah manja dengan ibu nya..semenjak kehilangan ibu Mimi cuma dapat kasih sayang dari ayah nya saja ..saya tahu dia memang rindu kat ibu nya ,bila kadang2 dia meluahkan perasaan ..saya dan family yang lain cuba untuk bersama-sama Mimi,especially bila cuti sekolah..selalu nya dia akan tinggal dengan saya,dan akan ikut saya pergi bercuti..walaupun saya tak boleh mengantikan tempat ibu nya tapi sekurang-kurang nya saya dapat menjadi pendengar setia ,untuk dia berkongsi hal2 remaja..




Sunday, December 21, 2008

17.12.2008--The year 2008...............

December
Dah lama juga tak update blog ni..baru hari ni rasa lega dan tenang untuk bercerita memori2 indah dan duka yang pernah terjadi ..sepanjang perjalanan dari awal tahun hingga akhir tahun, ada yang berkahwin,melahirkan anak dan kematian dalam keluarga Hajah Maimunah...tahun ini memang tahun paling tragis sekali,apabila tiga ahli keluarga meninggal dunia..arwah Rokiah, Kak lang dan di ikuti oleh Kak ngah..
mungkin semua dah membaca tentang Kak lang di blog ni,so saya nak kongsi saja hal Kak ngah...awal December lagi Kak ngah dah di masuk kan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2 ,koplikasi jantung dan buah pinggang ..selepas beberapa hari di ICU dia telah menjalani immediet dialisis..dan alhamdullilah keadaan nya bertambah pulih..sehingga dia dibenar kan pulang..


Suka dan duka
Bila Kak ngah dah beransur pulih dan pulang kerumah,semua family member merasa lega..kerana Kak ngah dah melepasi waktu 2yang paling kritikal dalam hidup nya..tapi malang tak berbau apabila dia terjatuh dari wheel chair sebelum sempat duduk ke katil ..selepas tu lah dia mula muntah2 sehingga Ambulan membawa nya ke hospital..apabila di x-tray bahu kiri nya retak,dan dia di masuk kan ke wad semula..sehari sebelum Kak ngah meninggal,awal pagi lagi Kak ngah telah di hantar untuk buat dialisis..selepas 4 jam menjalani dialisis badan nya mengigil ke sejukan,saya tanyakan pada nurse yang bertugas kenapa jadi begitu..jawab nya mungkin kerana air-con terlalu sejuk,so saya pakai kan stokin dan suap kan bubur,dalam kesejukan mengigil tu sempat juga dia tanya saya..ada tak beli kan ice-cream kegemaran dia(tropicana stick)..kebetulan saya tak beli tapi sempat saya kata"La sejuk2 mengigil pun nak ice-cream ke",dia diam saja..selalu nya saya akan beli kan dan kadang2 saya makan separuh,dia akan makan separuh..apabila dia dapat makan apa yang dia suka macam beri semangat pada nya untuk cepat sembuh..tapi selalu nya saya akan beritahu pada family member yang lain supaya jangan bawa makanan yang boleh memudarat kan.. saperti yang manis,pedas dan berasid..
Oleh kerana tiada siapa yang berjaga malam, sebelum saya pulang pada pukul 8 malam sempat saya tinggal kan pesan pada Syikin yang menjaga ibu nya,supaya tolong tengok2 kan Kak ngah kerana dia masih demam dan miss call saya kalau ada apa2 yang serious terjadi..


17.12.2008
Seawal pagi lagi saya dah ke dapur untuk siap kan sarapan dan masak untuk tengah hari..supaya saya dapat melawat Kak ngah seawal yang boleh,kerana risau juga tinggal kan dia dalam keadaan demam semalam..tiba2 Syikin miss call..bila saya return call,syikin kata kenapa lambat call ,masih tidur ke! ..saya kata kan tidak tapi sibuk kat dapur tengah masak ..dan dia suruh saya cepat ke hospital kerana Kak ngah pengsan,para doktor dan nurse tengah sibuk untuk menyelamat kan nya..dalam keadaan cemas saya cuba hubungi adik beradik lelaki,supaya mereka boleh ke sana dulu..sekurang2 nya apa2 terjadi pada Kak ngah ada family member di sisi nya..saya call Namit..kata nya dia baru pergi hospital ,dan dia lihat Kak ngah tengah tidur..mungkin dia tak perasan kot..saya call Jeman tak dapat..sebab hand phone nya tinggal kat rumah emak..so saya call Gombak(rumah emak)dapat cakap dengan Atiq(anak jeman )dia tanya saya "mami call abah ke",abah tertinggal H/P kata nya..saya tanya Angah pandai tak pergi hospital naik bas,kata nya pandai..saya suruh dia pergi dulu dan minta tolong ajar mak ngah nya mengucap kalau apa2 terjadi..waktu2 yang paling saya tak suka memandu ia lah waktu pagi dan petang hari bekerja ..tapi oleh kerana ada emergency kes saya gagah kan juga untuk memandu dalam kesesakan jalan raya dan banyak2 berdoa supaya permudah kan perjalanan saya hingga sampai ke Hospital..

Malaikat Maut
Bila kita berada di hospital dan melihat orang2 yang sakit..nazak..kita dapat rasakan Malaikat maut sentiasa berada dan berkeliaran saja di kawasan itu..sesampai nya saya di wad,Jeman(adik) dah ada kat Kak ngah,dia bisik kan Kalimah Allah kat telinga Kak ngah..Kak ngah dalam keadaan kritikal ,susah nak bernafas dan tak sedar diri..dalam keadaan bagitu,saya suruh doktor masukkan ke ICU..dan saya tanya kenapa Kak ngah masih kat wad..tapi kata doktor memang dari awal nak masuk ke ICU,tapi katil semua penuh ,jadi mereka cuba buat apa yang perlu di wad sementara ada kekosongan ..semasa menjaga Kak ngah saya ,abang dak dan Atiq bergilir-gilir membaca surah Yassin..membisikkan kalimah Allah di telinga Kak nagah,semoga dia sentiasa ingat pada Allah..dan di jauhi dari gangguan syaitan......saya sentuh tangan Kak ngah yang semakin sejuk dan bertambah lemah ..walaupun selalu nya dalam situasi kritikal macam mana sekali pun Kak ngah memang kuat semangat dan begitu tabah menghadapi nya ..tapi bukan kali ni..dia memang dah tak berdaya dan begitu lemah sekali..lebih kurang pukul 5.15 petang sister di wad menyuruh abang dak membisik kan kalimah Allah buat kali terakhir pada nya,sebelum para doktor membuat CPR dan cuba sedaya untuk menyelamat kan Kak ngah..tapi Ajal dan Malaikat maut dah datang menjemput nya..Kak ngah terkulai layu dan kaku ..tak dengar lagi pernafasan yang menyesak kan ...dan pergi lah Kak ngah meninggal kan segala kesakitan yang di alami selama ini,.. Atiq sempat melihat peristiwa ini dari jauh ...dan mungkin tersimpan rapi dalam kotak minda, buat selama-lama nya ,dan akan di cerita kan kepada sesiapa pun..
...AL -FATHIHAH

Mengurus kan jenazah
Oleh kerana wad nefrologi ramai dengan pesakit dan para jururawat sangat sibuk..segala dokumen tentang kematian Kak ngah lambat sikit di proses..mula2 memang ingat ,kalau urusan semua selesai awal,memang boleh kebumikan jenazah lepas isyak..tapi kelewatan pihak hospital kami tak sanggup nak ambil risiko..kami decide seawal pagi besok saja upacara pengkebumian di jalan kan..selepas waktu maghrib,baru jenazah di hantar ke rumah mayat..oleh kerana waktu malam,pejabat jawi tutup dan petugas yang memandi kan jenazah semua nya pergi kursus..dalam keadaan begini apa yang kita harap kan semua berjalan dengan lancar..tetapi kadang2 keadaan tak mengizin kan..saya selalu percaya kepada rezeki,apa2 yang berlaku semasa kita dalam kesulitan dan dengan izin Allah di permudah kan ..itu nama nya rezeki..apa yang kami perlukan pada masa kritikal ni ialah ..pertama nya ketua untuk mandi jenazah dan kedua nya seseorang dapat membantu memandi kan nya...dalam pada berfikir tu,saya teringat ustazah yang mengetuai mengurus kan jenazah arwah Kak lang tempoh hari..sempat saya save nombor H/p nya..saya call dia dan minta jasa baik dia untuk bersama-sama saya memandi dan menguruskan jenazah..alhamdullilah dia bersetuju dan akan membawa bersama seorang teman.. dia minta saya untuk bawa seorang lagi ..kerana semua assistant dia tak ada ,mungkin kerana dah lewat malam susah sikit...kebetulan sahabat saya Ani call untuk ucapkan takziah,saya semawa dia untuk datang ke hospital dan minta dia ikut sama mandi menguruskan jenazah..dia setuju..selesai masaalah kami..lebih kurang pukul 9 malam jenazah di bawa pulang ke Gombak..ALHAMDULLILAH..


Tanah perkuburan
Arwah Kak lang dan Kak ngah memang rapat ,selalu nya mereka menyambut birthday dalam bulan yang sama..walaupun kadang2 berbeza pendapat,akhir nya mereka boleh ketawa sama2..itu lah ke unikan dua beradik ni..saya dah dapat rasa kan dari awal lagi Kak ngah akan merindui Kak lang dan akan ikut jejak Kak lang..memang betul telahan saya ..Kak ngah di kebumikan betul2 bersebelahan kubur arwah Kak lang..semoga roh2 mereka di permudah kan di alam barzakh dan sama2 kita doa kan supaya roh2 mereka menjadi ahli syurga...AMIIIINNNNNNNNNNNNNN....

KASIH SEORANG IBU
Kesian emak tak sampai beberapa bulan,dia melihat dua orang anak nya kembali ke rahmahtullah..pada malam jenazah di bawah pulang emak tak tahu Kak ngah dah meninggal,kerana semua ahli keluarga tak sampai hati nak bagitahu kepada nya..dan lagi satu, takut dia terkejut yang boleh menggangu kesihatan ..apabila jenazah sampai,emak nampak bagitu tabah sekali..emak tak tidur semalaman kerana dia nak tunggu jenazah hingga ke pagi, sambil mengaji..walaupun kami menyuruh dia berehat dan tidur..sempat emak kata, kalau dia tidur siapa yang akan teman kan arwah..keesokan pagi nya emak bersama2 ke tanah perkuburan untuk melihat sendiri arwah di kebumikan dan kubur arwah Kak Lang..
Kadang2 emak lupa anak2 nya dah meninggal hingga hari ini..masa Kak ngah sakit di hospital dulu dia akan tanya saya,awak pergi melawat Kak ngah dan Kak Lang ke?selalu nya saya iya kan saja ..begitu lah seterus nya walaupun kita dah kata mereka dah meniggal dunia ..besok lusa dia akan tanya lagi umpama arwah2 masih hidup ..ibu oh ibu...kasih nya membawa ke syurga..

Friday, December 12, 2008

29.11.2008--The Cambodia trip


QURBAN
Sudah lama juga kami mengambil inisatif,untuk menjalankan projek korban,fidyah di kalangan ahli keluarga dan rakan2... untuk di hantar ke Kemboja.. kami bekerjasama dengan kakitangan MAS.. di sana ramai penduduk islam yang lebih daif dan miskin ..setiap tahun juga lah jumlah nya akan bertambah.. ada juga kami buat projek menghantar buku2 agama saperti
ALQURAN,muqaddam dan pakaian... memang mereka di sana miskin sangat sehingga ketahap kalau makan daging ni cuma sekali setahun.. itu pun daging korban yang di agih2kan.. so kami merancang untuk memperluaskan projek ini... supaya lebih ramai di kalangan rakyat malaysia dapat membantu..
















THE TRIP
Bila dengar cerita2 bahawa di sana..memang memerlukan sumbangan..saperti pembinaan Masjid, menaja guru2 agama dan banyak lagi yang relate dengan perkembangan ummah..saya memang teringin sangat hendak ke sana ..tapi apa kan daya ..rombongan yang hendak ke sana semua nya lelaki..dan memang akan menjadi sukar kalau wanita ikut sama..di sebab kan keperluan asas seperti tandas,pengangkutan dan penginapan..since that saya tak boleh pergi..cuma papi dan didi saja ikut kesana..

Lihat saja perkampungan dan penduduk Islam yang begitu daif sekali..







Saturday, November 1, 2008

1.11.2008--The Anniversary


The wedding anniversary
Selalu nya kami sekeluarga akan makan malam bersama..untuk celebrate any of family member nya special day..macam birthday ke atau wed. anniversary kami.. kali ni saya celebrate kat rumah aje, jemput adik beradik,masak sendiri..dan yang penting nya pengisian majlis tu..dengan bacaan yassin,berdoa beramai-ramai dan di akhiri dengan solat berjemaah..semoga lebih berkat ,dan bila kita adakan majlis seumpama ni di rumah, para2 malaikat rahmat akan datang..membawa rahmat pada rumah dan penghuni nya..wallah ualam..

Sebuah perkahwinan..
Rasa nya dah lama juga ikatan tali perkahwinan kami ni..33 tahun,kalau kita mengembara ,dah satu dunia kita sampai..saya ibarat kat perkahwinan kami ni macam kami pergi merantau..di ketemukan dan bermula lah perjalanan kami ,dari satu destinasi ke satu destinasi..kalau nak di himpunkan cerita dan pengalaman, memang tak habis nak cerita kan..boleh buat filem kot..dah boleh menang award..saya rasa bersyukur sangat di kurnia kan dengan 6orang anak dan seorang cucu..dan of course seorang suami dot..dot..dot..yang mempunyai macam2 karater..yang susah kita nak predict.. pejam celik,pejam celik tak sangka pula dah 33 tahun hidup bersama ..itu lah kuasa Allah..jodoh ,rezeki dan ajal maut tu bukan kerja kita..semua tu..kun fayakun..nak jadi,jadilah ia..tiada kuasa yang boleh menahan..kecuali Allah..Allahuakbar..

Upacara potong kek,bersama papi..


Lihat papi ni..pandai juga nak suap kan kek..kalau hari lain tu buat deeek aje...




Minta restu dari seorang ibu..



Aksi2 anak buah menjamu selera...




Mereka yang turut hadir..


Thursday, October 30, 2008

30.10.2008-Back to the classroom

The AlQuran class
Rasa2 nya memang dah lama memedam hasrat nak mengaji semula...tapi oleh kerana masa dan keadaan ,hal ni tertangguh-tangguh hingga awal tahun ni..pada bulan March yang lepas ,saya dah bertekad untuk pergi daftar kan diri,ke kelas pengajian AlQuran selama 2 tahun..walaupun saya dah lewat 3 bulan..alhamdullilah hingga ke hari ni..memang pada awal tahun peserta semua nya lebin kurang 20 orang..tapi sekarang tinggal 10 saja..Di Masjid Negara ini juga di adakan kelas bahasa arab ,pengajian Islam dari peringkat asas,pertengahan dan akhir..semua nya lebih kurang 6 tahun..seronok juga dah belajar ni ,walaupun dari awal lagi dah banyak dugaan dan cabaran nya..


Bila usia dah ....
Bila usia kita dah mencapai awal 50an is about time ,kita kena buat persiapan pula untuk menghadapi hari2 kemudian yang kekal abadi...suka ke! tidak
hari nya akan sampai juga ..tak tahu bila..besok,lusa..minggu depan.. lain bulan atau tahun..tapi yang pasti nya ia benar2 akan terjadi..bila kita melihat kematian di depan mata..tak tahu bila tiba nya giliran kita...saya selalu berdoa semoga mati dalam iman..moga2 akhir nya hidup kita ini di penuhi dengan keberkatan..aminnnnnnn


Bersama-sama peserta muslimah,di majlis jamuan makan akhir tahun..




Monday, October 27, 2008

27.10.2008--The new family member of Pak Dak

More cucu
Hari ni dah 27 syawal..biasa lah di Malaysia ni budaya orang kita beraya hingga sebulan..sana sini masih adakan open house untuk menjamu saudara mara, sahabat handai..kadang2 tu terlajak hingga habis syawal..rasa2 nya,kita kena ubah sikit budaya open house kita ni..jangan lah puasa sebulan ..raya pun kena sebulan..lebih2 lagi ekonomi dunia tengah meleset..tahun ni saya cuba tukar sikit..dari open house raya, saya buat doa selamat,solat berjemaah dan berselawat menyambut cucu pertama...sambil menjemput saudara-mara yang hendak beraya sekali..dan di sebelah petang nya untuk anak2 bersama kawan mereka..


Hari ni juga kami dapat jemputan beraya dua ,tiga..satu nya kat rumah abg Dak ..since that dia baru dapat cucu yang kedua..so kami ambil peluang ni , untuk melawat cucu ,rumah baru nya ..yang terletak di Taman Harmoni Semenyih..dah 2minggu ,umur cucu nya yang di beri nama Syamir Iman..mereka anak beranak masih di jaga oleh kak Ani(mak dak) kerana masih dalam pantang..tahniah kami semua ucap kan pada Abg Dak dan Kak ani kerana dah ada dua orang cucu sekarang...






Friday, October 24, 2008

24.10.2008--The mountain bike

The bike
Mami hari ni Didi nak ambil basikal!!..basikal apa? tanya saya pada didi(anak bongsu saya)..mountain bike,didi beli kat kedai basikal di Sungai way..saya tanya ,kenapa kat kedai tu..tak survey dulu ke ,.. dah! kata nya tapi ,kedai tu offer harganya rendah sikit...lebih kurang macam tu lah,conversation saya dengan didi,pasal basikal..nak cerite sikit pasal anak saya sorang ni..dari dulu lagi dah mengidam nak mountain bike..tapi oleh kerana jenis yang dia nak tu ,mencapai harga hingga beribu ringgit..kami diam kan saja..malas nak layan..pernah saya kata,beli saja yang harga ratus ringgit macam uncle Taha beli..dia tak nak..macam2 dia bagi reason ..setiap kali suruh exercise,isu basikal yang dia nak tu lah di bangkit kan..lama juga tak sentuh pasal isu ni,ingat dia dah lupa...rupa2 nya dia dah pasang satu impian..agak nya lah..satu hari dia mesti dapat kan juga basikal tu..


Didi and the company
Tahun lepas didi ada cerita dengan saya..kawan dia(seorang engineer)ajak jadi rakan kongsi berniaga..saya kata bagus lah,saya tunjuk kan cara2 dari mula tubuh kan syarikat ..saya nasihat kan dia bermula dari bawah dengan budget yang sikit dulu..saya bantu mereka apa yang termampu..pernah juga didi tanya saya..boleh ke dia get a long sebagai rakan kongsi..ada kawan dia beri komen kena careful..takut kena tipu..tapi saya sebagai ibu,dapat rasakan kedua mereka ni... ada kejujuran di antara mereka ..insyaallah mereka boleh berjaya..nak di pendek kan cerita..didi beli basikal ni hasil duit yang dia dapat dari keuntungan projek yang pertama....saya ingat kan didi supaya berbelanja secara berhemah..supaya dia ada modal lagi untuk projek seterus nya..saya juga beri dia target untuk achieve million dollar project akan datang..selalu saya ingat kan pada anak2 jangan mengharap pada harta keluarga...di masa muda ni lah kena pandai cari kekayaan sendiri..kerana kita akan rasa kebebasan dan kepuasan nya nanti..bila didi dapat basikal pertama nya..dia kata pada saya.. tengok mami ,didi beli ni dengan duit didi sendiri..terbayang suatu kepuasan dan kegembiraan di wajah nya..alah basikal awak tu berapa aje harga ..kalau nak dibanding kan dengan motor yang papi beli,kata saya pada didi...



Thursday, October 23, 2008

The malay Wedding

Maran Pahang
Pada 18hb. okt lepas ,saya dan papi pergi ke majlis perkahwinan adik zie di maran Pahang..kami bertolak dari K.L. awal sehari dan tinggal semalam di Temerloh..sambil kesana ,papi sempat juga melawat branch syarikat di Temerloh..hari ni memang padat program kami..lepas saja majlis di Maran kami terus bertolak pulang..dan singgah di kelab perkhidmatan awam di mont kiara, untuk bersama majlis rumah terbuka Hari Raya..dan sebelah malam nya pula, kami ada satu lagi majlis kahwin di perkampungan perkahwinan di Ampang..


Wedding
Nak cerita sikit pasal majlis di Maran ni..memang kami dah plan dari awal, nak check out dari hotel dalam pukul 11pagi.. terus ke majlis kahwin dan bertolak pulang supaya boleh sampai awal ..dalam perjalanan Jeman telefon minta kami,tepong tawar pasangan pengantin.. saya kata dengan papi biar betul jeman ni..awal2 tak bagi tau..kalau tidak boleh lah kami pakai baju lebih glamour lagi,dan papi boleh pakai baju melayu..walau macam mana pun kami setuju,sebab menghormati majlis yang dah di aturkan..rasa seronok juga bila berada di majlis kahwin ni..teringat pula macam mana nanti nak uruskan majlis anak sendiri..terima kasih pada keluarga zie kerana sudi menjemput kak cik dan abang zali untuk sama2 memeriah kan majlis perkahwinan anak perempuan mereka..semoga perkahwinan mereka bahagian hingga ke akhir hayat..aminnnnn

Lihat wawa and the gang




Semasa majlis tepung tawar



Kami juga makan bersama kedua mempelai


Wednesday, October 22, 2008

23.10.2008--The little kittens








Kitten
Pada bulan ramadan yang lepas..rumah kami di datangi oleh seekor kucing bunting..warna nya hitam orange..nampak memang comot dan lapar..oleh kerana ia sarat bunting, timbul rasa kesian pula nak halau pergi..memang dah jadi suatu kebiasaan rumah kami, di datangi kucing2 jiran.. dan kucing2 terbiar untuk singgah kongsi makan bersama kucing perliharaan ..kucing yang ada pun anak saya pungut di pejabat,semasa baru lahir lagi..ada yang di jumpa tepi jalan..semua nya kecil2 lagi..bila dah di bawa pulang jadi lah penghuni tetap di rumah kami.. sekarang ni ada tiga ekor semuanya dah besar ...seekor nama nya tsunami di lahir kan semasa trajedi tsunami.. lagi dua Hank dan Tito..dari awal kami tinggal di sini dah berpuluh ekor kucing yang kami jaga..tapi oleh sebab rumah di tepi main road..banyak yang mati kena langgar especially waktu malam..kadang2 tu sedih juga kucing yang manja dengan kita ,tiba2 kita dapati mati esok pagi nya..






Comot
saya beri nama pada kucing yang baru ni comot..sebab warna nya memang nampak comot..sehari sebelum Lena pulang ke sini ,dia melahirkan 4 ekor anak yang comel..dua putih dan dua orange..sekarang ni dah dekat 1 bulan umur nya..hadiah untuk Lena kot..masa Lena ada kat sini sempat juga saya tunjuk kan kat dia the little kittens..terkelip kelip lena pandang..sekarang ni anak2 kucing ni dah pandai main..berlari lari dan bergurau di antara mereka..seronok melihat telatah mereka..tak boleh bayang kan bila Lena besar sikit ,mesti dia nak pegang anak2 kucing tu..silap2dia campak kan kat dalam kolam ikan..macam budak2 lain dah buat...dulu bila Lena ada kat sini,boleh kata kan setiap pagi saya dukung ..bawa dia kat tepi kolam ,tunjuk kan ikan2 koi yang berbagai warna.. berenang2,sambil ajar dia kira dari one up to twenty..memang dia suka..kalau tanya where the fish Lena..mata nya akan melihat kat dalam kolam...begitu juga kalau tunjuk dia the cat dengan bunyi sekali..dulu masa kami pelihara coco(anak monyet)memang seronok..semua sayang kat dia..especially Emma memang rapat betul dengan coco..sampai gambar coco di tampal di merata tempat..bila mengandung kan Lena, anak pantung monyet lah di beli nya dulu untuk collection..tapi sekarang coco dah di lepas kan kat dalam hutan ..harap2 Lena suka dengan binatang...bila pergi kelas mengaji ustaz kata sesiapa yang memberi makan pada binatang..sama ada binatang peliharaan,atau belas kasihan pada binatang..rumah ,diri nya di rahmati dan di berkati..walahuallam