Thursday, October 30, 2008

30.10.2008-Back to the classroom

The AlQuran class
Rasa2 nya memang dah lama memedam hasrat nak mengaji semula...tapi oleh kerana masa dan keadaan ,hal ni tertangguh-tangguh hingga awal tahun ni..pada bulan March yang lepas ,saya dah bertekad untuk pergi daftar kan diri,ke kelas pengajian AlQuran selama 2 tahun..walaupun saya dah lewat 3 bulan..alhamdullilah hingga ke hari ni..memang pada awal tahun peserta semua nya lebin kurang 20 orang..tapi sekarang tinggal 10 saja..Di Masjid Negara ini juga di adakan kelas bahasa arab ,pengajian Islam dari peringkat asas,pertengahan dan akhir..semua nya lebih kurang 6 tahun..seronok juga dah belajar ni ,walaupun dari awal lagi dah banyak dugaan dan cabaran nya..


Bila usia dah ....
Bila usia kita dah mencapai awal 50an is about time ,kita kena buat persiapan pula untuk menghadapi hari2 kemudian yang kekal abadi...suka ke! tidak
hari nya akan sampai juga ..tak tahu bila..besok,lusa..minggu depan.. lain bulan atau tahun..tapi yang pasti nya ia benar2 akan terjadi..bila kita melihat kematian di depan mata..tak tahu bila tiba nya giliran kita...saya selalu berdoa semoga mati dalam iman..moga2 akhir nya hidup kita ini di penuhi dengan keberkatan..aminnnnnnn


Bersama-sama peserta muslimah,di majlis jamuan makan akhir tahun..




Monday, October 27, 2008

27.10.2008--The new family member of Pak Dak

More cucu
Hari ni dah 27 syawal..biasa lah di Malaysia ni budaya orang kita beraya hingga sebulan..sana sini masih adakan open house untuk menjamu saudara mara, sahabat handai..kadang2 tu terlajak hingga habis syawal..rasa2 nya,kita kena ubah sikit budaya open house kita ni..jangan lah puasa sebulan ..raya pun kena sebulan..lebih2 lagi ekonomi dunia tengah meleset..tahun ni saya cuba tukar sikit..dari open house raya, saya buat doa selamat,solat berjemaah dan berselawat menyambut cucu pertama...sambil menjemput saudara-mara yang hendak beraya sekali..dan di sebelah petang nya untuk anak2 bersama kawan mereka..


Hari ni juga kami dapat jemputan beraya dua ,tiga..satu nya kat rumah abg Dak ..since that dia baru dapat cucu yang kedua..so kami ambil peluang ni , untuk melawat cucu ,rumah baru nya ..yang terletak di Taman Harmoni Semenyih..dah 2minggu ,umur cucu nya yang di beri nama Syamir Iman..mereka anak beranak masih di jaga oleh kak Ani(mak dak) kerana masih dalam pantang..tahniah kami semua ucap kan pada Abg Dak dan Kak ani kerana dah ada dua orang cucu sekarang...






Friday, October 24, 2008

24.10.2008--The mountain bike

The bike
Mami hari ni Didi nak ambil basikal!!..basikal apa? tanya saya pada didi(anak bongsu saya)..mountain bike,didi beli kat kedai basikal di Sungai way..saya tanya ,kenapa kat kedai tu..tak survey dulu ke ,.. dah! kata nya tapi ,kedai tu offer harganya rendah sikit...lebih kurang macam tu lah,conversation saya dengan didi,pasal basikal..nak cerite sikit pasal anak saya sorang ni..dari dulu lagi dah mengidam nak mountain bike..tapi oleh kerana jenis yang dia nak tu ,mencapai harga hingga beribu ringgit..kami diam kan saja..malas nak layan..pernah saya kata,beli saja yang harga ratus ringgit macam uncle Taha beli..dia tak nak..macam2 dia bagi reason ..setiap kali suruh exercise,isu basikal yang dia nak tu lah di bangkit kan..lama juga tak sentuh pasal isu ni,ingat dia dah lupa...rupa2 nya dia dah pasang satu impian..agak nya lah..satu hari dia mesti dapat kan juga basikal tu..


Didi and the company
Tahun lepas didi ada cerita dengan saya..kawan dia(seorang engineer)ajak jadi rakan kongsi berniaga..saya kata bagus lah,saya tunjuk kan cara2 dari mula tubuh kan syarikat ..saya nasihat kan dia bermula dari bawah dengan budget yang sikit dulu..saya bantu mereka apa yang termampu..pernah juga didi tanya saya..boleh ke dia get a long sebagai rakan kongsi..ada kawan dia beri komen kena careful..takut kena tipu..tapi saya sebagai ibu,dapat rasakan kedua mereka ni... ada kejujuran di antara mereka ..insyaallah mereka boleh berjaya..nak di pendek kan cerita..didi beli basikal ni hasil duit yang dia dapat dari keuntungan projek yang pertama....saya ingat kan didi supaya berbelanja secara berhemah..supaya dia ada modal lagi untuk projek seterus nya..saya juga beri dia target untuk achieve million dollar project akan datang..selalu saya ingat kan pada anak2 jangan mengharap pada harta keluarga...di masa muda ni lah kena pandai cari kekayaan sendiri..kerana kita akan rasa kebebasan dan kepuasan nya nanti..bila didi dapat basikal pertama nya..dia kata pada saya.. tengok mami ,didi beli ni dengan duit didi sendiri..terbayang suatu kepuasan dan kegembiraan di wajah nya..alah basikal awak tu berapa aje harga ..kalau nak dibanding kan dengan motor yang papi beli,kata saya pada didi...



Thursday, October 23, 2008

The malay Wedding

Maran Pahang
Pada 18hb. okt lepas ,saya dan papi pergi ke majlis perkahwinan adik zie di maran Pahang..kami bertolak dari K.L. awal sehari dan tinggal semalam di Temerloh..sambil kesana ,papi sempat juga melawat branch syarikat di Temerloh..hari ni memang padat program kami..lepas saja majlis di Maran kami terus bertolak pulang..dan singgah di kelab perkhidmatan awam di mont kiara, untuk bersama majlis rumah terbuka Hari Raya..dan sebelah malam nya pula, kami ada satu lagi majlis kahwin di perkampungan perkahwinan di Ampang..


Wedding
Nak cerita sikit pasal majlis di Maran ni..memang kami dah plan dari awal, nak check out dari hotel dalam pukul 11pagi.. terus ke majlis kahwin dan bertolak pulang supaya boleh sampai awal ..dalam perjalanan Jeman telefon minta kami,tepong tawar pasangan pengantin.. saya kata dengan papi biar betul jeman ni..awal2 tak bagi tau..kalau tidak boleh lah kami pakai baju lebih glamour lagi,dan papi boleh pakai baju melayu..walau macam mana pun kami setuju,sebab menghormati majlis yang dah di aturkan..rasa seronok juga bila berada di majlis kahwin ni..teringat pula macam mana nanti nak uruskan majlis anak sendiri..terima kasih pada keluarga zie kerana sudi menjemput kak cik dan abang zali untuk sama2 memeriah kan majlis perkahwinan anak perempuan mereka..semoga perkahwinan mereka bahagian hingga ke akhir hayat..aminnnnn

Lihat wawa and the gang




Semasa majlis tepung tawar



Kami juga makan bersama kedua mempelai


Wednesday, October 22, 2008

23.10.2008--The little kittens








Kitten
Pada bulan ramadan yang lepas..rumah kami di datangi oleh seekor kucing bunting..warna nya hitam orange..nampak memang comot dan lapar..oleh kerana ia sarat bunting, timbul rasa kesian pula nak halau pergi..memang dah jadi suatu kebiasaan rumah kami, di datangi kucing2 jiran.. dan kucing2 terbiar untuk singgah kongsi makan bersama kucing perliharaan ..kucing yang ada pun anak saya pungut di pejabat,semasa baru lahir lagi..ada yang di jumpa tepi jalan..semua nya kecil2 lagi..bila dah di bawa pulang jadi lah penghuni tetap di rumah kami.. sekarang ni ada tiga ekor semuanya dah besar ...seekor nama nya tsunami di lahir kan semasa trajedi tsunami.. lagi dua Hank dan Tito..dari awal kami tinggal di sini dah berpuluh ekor kucing yang kami jaga..tapi oleh sebab rumah di tepi main road..banyak yang mati kena langgar especially waktu malam..kadang2 tu sedih juga kucing yang manja dengan kita ,tiba2 kita dapati mati esok pagi nya..






Comot
saya beri nama pada kucing yang baru ni comot..sebab warna nya memang nampak comot..sehari sebelum Lena pulang ke sini ,dia melahirkan 4 ekor anak yang comel..dua putih dan dua orange..sekarang ni dah dekat 1 bulan umur nya..hadiah untuk Lena kot..masa Lena ada kat sini sempat juga saya tunjuk kan kat dia the little kittens..terkelip kelip lena pandang..sekarang ni anak2 kucing ni dah pandai main..berlari lari dan bergurau di antara mereka..seronok melihat telatah mereka..tak boleh bayang kan bila Lena besar sikit ,mesti dia nak pegang anak2 kucing tu..silap2dia campak kan kat dalam kolam ikan..macam budak2 lain dah buat...dulu bila Lena ada kat sini,boleh kata kan setiap pagi saya dukung ..bawa dia kat tepi kolam ,tunjuk kan ikan2 koi yang berbagai warna.. berenang2,sambil ajar dia kira dari one up to twenty..memang dia suka..kalau tanya where the fish Lena..mata nya akan melihat kat dalam kolam...begitu juga kalau tunjuk dia the cat dengan bunyi sekali..dulu masa kami pelihara coco(anak monyet)memang seronok..semua sayang kat dia..especially Emma memang rapat betul dengan coco..sampai gambar coco di tampal di merata tempat..bila mengandung kan Lena, anak pantung monyet lah di beli nya dulu untuk collection..tapi sekarang coco dah di lepas kan kat dalam hutan ..harap2 Lena suka dengan binatang...bila pergi kelas mengaji ustaz kata sesiapa yang memberi makan pada binatang..sama ada binatang peliharaan,atau belas kasihan pada binatang..rumah ,diri nya di rahmati dan di berkati..walahuallam




Monday, October 20, 2008

It's Hari Raya!!

Masa untuk berbaju baru







Marilah kita bermaaf-maafan






Selamat Hari Raya kepada semua yang membaca blog ini. Maaf Zahir dan Batin dari kami di Holland.

Takbir Raya & Hari Raya preparation

Casa de Razali









Daddy & his apple pie!



Daddy's first takbir raya



"Excuse me Sir, can I have another ten ringgit please?".
Papi gave Den the wrong hari raya packets to be given out on the takbir raya evening.. Den was surprised when a kid came up to him and asked for another packet! Next year there'll be more kids around for takbir raya, waiting for that white guy with the ten ringgit duit raya!!