December
Dah lama juga tak update blog ni..baru hari ni rasa lega dan tenang untuk bercerita memori2 indah dan duka yang pernah terjadi ..sepanjang perjalanan dari awal tahun hingga akhir tahun, ada yang berkahwin,melahirkan anak dan kematian dalam keluarga Hajah Maimunah...tahun ini memang tahun paling tragis sekali,apabila tiga ahli keluarga meninggal dunia..arwah Rokiah, Kak lang dan di ikuti oleh Kak ngah..
mungkin semua dah membaca tentang Kak lang di blog ni,so saya nak kongsi saja hal Kak ngah...awal December lagi Kak ngah dah di masuk kan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2 ,koplikasi jantung dan buah pinggang ..selepas beberapa hari di ICU dia telah menjalani immediet dialisis..dan alhamdullilah keadaan nya bertambah pulih..sehingga dia dibenar kan pulang..
Suka dan duka
Bila Kak ngah dah beransur pulih dan pulang kerumah,semua family member merasa lega..kerana Kak ngah dah melepasi waktu 2yang paling kritikal dalam hidup nya..tapi malang tak berbau apabila dia terjatuh dari wheel chair sebelum sempat duduk ke katil ..selepas tu lah dia mula muntah2 sehingga Ambulan membawa nya ke hospital..apabila di x-tray bahu kiri nya retak,dan dia di masuk kan ke wad semula..sehari sebelum Kak ngah meninggal,awal pagi lagi Kak ngah telah di hantar untuk buat dialisis..selepas 4 jam menjalani dialisis badan nya mengigil ke sejukan,saya tanyakan pada nurse yang bertugas kenapa jadi begitu..jawab nya mungkin kerana air-con terlalu sejuk,so saya pakai kan stokin dan suap kan bubur,dalam kesejukan mengigil tu sempat juga dia tanya saya..ada tak beli kan ice-cream kegemaran dia(tropicana stick)..kebetulan saya tak beli tapi sempat saya kata"La sejuk2 mengigil pun nak ice-cream ke",dia diam saja..selalu nya saya akan beli kan dan kadang2 saya makan separuh,dia akan makan separuh..apabila dia dapat makan apa yang dia suka macam beri semangat pada nya untuk cepat sembuh..tapi selalu nya saya akan beritahu pada family member yang lain supaya jangan bawa makanan yang boleh memudarat kan.. saperti yang manis,pedas dan berasid..
Oleh kerana tiada siapa yang berjaga malam, sebelum saya pulang pada pukul 8 malam sempat saya tinggal kan pesan pada Syikin yang menjaga ibu nya,supaya tolong tengok2 kan Kak ngah kerana dia masih demam dan miss call saya kalau ada apa2 yang serious terjadi..
17.12.2008
Seawal pagi lagi saya dah ke dapur untuk siap kan sarapan dan masak untuk tengah hari..supaya saya dapat melawat Kak ngah seawal yang boleh,kerana risau juga tinggal kan dia dalam keadaan demam semalam..tiba2 Syikin miss call..bila saya return call,syikin kata kenapa lambat call ,masih tidur ke! ..saya kata kan tidak tapi sibuk kat dapur tengah masak ..dan dia suruh saya cepat ke hospital kerana Kak ngah pengsan,para doktor dan nurse tengah sibuk untuk menyelamat kan nya..dalam keadaan cemas saya cuba hubungi adik beradik lelaki,supaya mereka boleh ke sana dulu..sekurang2 nya apa2 terjadi pada Kak ngah ada family member di sisi nya..saya call Namit..kata nya dia baru pergi hospital ,dan dia lihat Kak ngah tengah tidur..mungkin dia tak perasan kot..saya call Jeman tak dapat..sebab hand phone nya tinggal kat rumah emak..so saya call Gombak(rumah emak)dapat cakap dengan Atiq(anak jeman )dia tanya saya "mami call abah ke",abah tertinggal H/P kata nya..saya tanya Angah pandai tak pergi hospital naik bas,kata nya pandai..saya suruh dia pergi dulu dan minta tolong ajar mak ngah nya mengucap kalau apa2 terjadi..waktu2 yang paling saya tak suka memandu ia lah waktu pagi dan petang hari bekerja ..tapi oleh kerana ada emergency kes saya gagah kan juga untuk memandu dalam kesesakan jalan raya dan banyak2 berdoa supaya permudah kan perjalanan saya hingga sampai ke Hospital..
Malaikat Maut
Bila kita berada di hospital dan melihat orang2 yang sakit..nazak..kita dapat rasakan Malaikat maut sentiasa berada dan berkeliaran saja di kawasan itu..sesampai nya saya di wad,Jeman(adik) dah ada kat Kak ngah,dia bisik kan Kalimah Allah kat telinga Kak ngah..Kak ngah dalam keadaan kritikal ,susah nak bernafas dan tak sedar diri..dalam keadaan bagitu,saya suruh doktor masukkan ke ICU..dan saya tanya kenapa Kak ngah masih kat wad..tapi kata doktor memang dari awal nak masuk ke ICU,tapi katil semua penuh ,jadi mereka cuba buat apa yang perlu di wad sementara ada kekosongan ..semasa menjaga Kak ngah saya ,abang dak dan Atiq bergilir-gilir membaca surah Yassin..membisikkan kalimah Allah di telinga Kak nagah,semoga dia sentiasa ingat pada Allah..dan di jauhi dari gangguan syaitan......saya sentuh tangan Kak ngah yang semakin sejuk dan bertambah lemah ..walaupun selalu nya dalam situasi kritikal macam mana sekali pun Kak ngah memang kuat semangat dan begitu tabah menghadapi nya ..tapi bukan kali ni..dia memang dah tak berdaya dan begitu lemah sekali..lebih kurang pukul 5.15 petang sister di wad menyuruh abang dak membisik kan kalimah Allah buat kali terakhir pada nya,sebelum para doktor membuat CPR dan cuba sedaya untuk menyelamat kan Kak ngah..tapi Ajal dan Malaikat maut dah datang menjemput nya..Kak ngah terkulai layu dan kaku ..tak dengar lagi pernafasan yang menyesak kan ...dan pergi lah Kak ngah meninggal kan segala kesakitan yang di alami selama ini,.. Atiq sempat melihat peristiwa ini dari jauh ...dan mungkin tersimpan rapi dalam kotak minda, buat selama-lama nya ,dan akan di cerita kan kepada sesiapa pun..
...AL -FATHIHAH
Mengurus kan jenazah
Oleh kerana wad nefrologi ramai dengan pesakit dan para jururawat sangat sibuk..segala dokumen tentang kematian Kak ngah lambat sikit di proses..mula2 memang ingat ,kalau urusan semua selesai awal,memang boleh kebumikan jenazah lepas isyak..tapi kelewatan pihak hospital kami tak sanggup nak ambil risiko..kami decide seawal pagi besok saja upacara pengkebumian di jalan kan..selepas waktu maghrib,baru jenazah di hantar ke rumah mayat..oleh kerana waktu malam,pejabat jawi tutup dan petugas yang memandi kan jenazah semua nya pergi kursus..dalam keadaan begini apa yang kita harap kan semua berjalan dengan lancar..tetapi kadang2 keadaan tak mengizin kan..saya selalu percaya kepada rezeki,apa2 yang berlaku semasa kita dalam kesulitan dan dengan izin Allah di permudah kan ..itu nama nya rezeki..apa yang kami perlukan pada masa kritikal ni ialah ..pertama nya ketua untuk mandi jenazah dan kedua nya seseorang dapat membantu memandi kan nya...dalam pada berfikir tu,saya teringat ustazah yang mengetuai mengurus kan jenazah arwah Kak lang tempoh hari..sempat saya save nombor H/p nya..saya call dia dan minta jasa baik dia untuk bersama-sama saya memandi dan menguruskan jenazah..alhamdullilah dia bersetuju dan akan membawa bersama seorang teman.. dia minta saya untuk bawa seorang lagi ..kerana semua assistant dia tak ada ,mungkin kerana dah lewat malam susah sikit...kebetulan sahabat saya Ani call untuk ucapkan takziah,saya semawa dia untuk datang ke hospital dan minta dia ikut sama mandi menguruskan jenazah..dia setuju..selesai masaalah kami..lebih kurang pukul 9 malam jenazah di bawa pulang ke Gombak..ALHAMDULLILAH..
Tanah perkuburan
Arwah Kak lang dan Kak ngah memang rapat ,selalu nya mereka menyambut birthday dalam bulan yang sama..walaupun kadang2 berbeza pendapat,akhir nya mereka boleh ketawa sama2..itu lah ke unikan dua beradik ni..saya dah dapat rasa kan dari awal lagi Kak ngah akan merindui Kak lang dan akan ikut jejak Kak lang..memang betul telahan saya ..Kak ngah di kebumikan betul2 bersebelahan kubur arwah Kak lang..semoga roh2 mereka di permudah kan di alam barzakh dan sama2 kita doa kan supaya roh2 mereka menjadi ahli syurga...AMIIIINNNNNNNNNNNNNN....
KASIH SEORANG IBU
Kesian emak tak sampai beberapa bulan,dia melihat dua orang anak nya kembali ke rahmahtullah..pada malam jenazah di bawah pulang emak tak tahu Kak ngah dah meninggal,kerana semua ahli keluarga tak sampai hati nak bagitahu kepada nya..dan lagi satu, takut dia terkejut yang boleh menggangu kesihatan ..apabila jenazah sampai,emak nampak bagitu tabah sekali..emak tak tidur semalaman kerana dia nak tunggu jenazah hingga ke pagi, sambil mengaji..walaupun kami menyuruh dia berehat dan tidur..sempat emak kata, kalau dia tidur siapa yang akan teman kan arwah..keesokan pagi nya emak bersama2 ke tanah perkuburan untuk melihat sendiri arwah di kebumikan dan kubur arwah Kak Lang..
Kadang2 emak lupa anak2 nya dah meninggal hingga hari ini..masa Kak ngah sakit di hospital dulu dia akan tanya saya,awak pergi melawat Kak ngah dan Kak Lang ke?selalu nya saya iya kan saja ..begitu lah seterus nya walaupun kita dah kata mereka dah meniggal dunia ..besok lusa dia akan tanya lagi umpama arwah2 masih hidup ..ibu oh ibu...kasih nya membawa ke syurga..
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Takziah atas kehilangan kedua kekanda auntie. Bila dengar tentang sakit & kematian membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Semoga roh keduanya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan org yang beriman..Amin..
Post a Comment