Kami berada dua hari di sini, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur..dan tinggal di Plum service apartment..ia terletak di tengah2 bandar Melbourne..kami dapat lihat panorama siang dan malam , kesibukan sebuah bandaraya ibu kota dari tingkat 14,tempat penginapan kami....bangunan yang tinggi2 saperti hotel2,shopping mall,casino dan kesibukan kenderaan awam saperti tram ,train,bas dan teksi..ia lebih kurang macam bandaraya Singapore,kos sara hidup pun lebih kurang sama ..rate dollar mereka 2.4 lebih tinggi dari malaysia...
Philip Island..
kami sempat pergi melawat beberapa tempat,melalui package tour ke Philip island.. kami melawat Koala park ,Churchill island dan penguin parade.. perjalanan kami mengambil masa dua jam dengan menaiki bas pelancong.Oleh kerana kami melawat tiga tempat,jadi kami pulang agak lewat malam ..
Little penguin...
Nak cerita sikit pasal penguin..selalu kita lihat di t.v macam besar sangat ..lebih2 lagi dalam cerita kartun..memang ada spesis yang besar ..tapi yang kami lihat ni spesis yang kecil,size nya tak sampai 1 kaki..memang cute..Apa dia Penguin parade?..di pulau ni lah ,penguin naik ke atas darat untuk pergi ke sarang mereka ..pagi2 lagi mereka akan keluar untuk berenang ke dasar laut sejauh 15-20km..untuk mencari ikan2 kecil saperti red cod,barracouta,warehou,pilchards dan anchovies..dan mereka perlukan 240grams ikan sehari untuk maintain berat badan mereka..bila petang menjelang penguin2 ini akan berkumpul sesama mereka untuk pulang ke destinasi yang sama..especially di sepanjang pantai pulau ini..di anggarkan lebih kurang 60 ribu sarang2, yang berada di sekeliling bukit2 pulau ini..
Penguin parade..
Menjelang senja ,lebih kurang 8.30 malam..kita boleh lihat beratus-ratus penguin men darat untuk pulang ke sarang masing2..selalu nya mereka akan naik berkumpulan,dengan membawa makanan untuk keluarga2 mereka..dan mereka akan berjalan sejauh 2km ke atas darat ..dan akan kedengaran riuh rendah suara2 penguin,yang berada dalam sarang untuk menyambut kepulangan pasangan masing2..satu pemandangan yang sungguh unik..dan pengalaman yang pertama bagi saya dan papi..di mana kita melihat sendiri ...mungkin saya boleh beri gambaran kepada semua ,saperti kita melihat penyu bertelor ..di atas pantai..
1 comment:
Aik.. Mana gambar penguin? Yang ada pun gambar Mami pakai hitam putih sama macam penguin. :)
Post a Comment