Semua mengharap emma dan baby balik hari ni... bagitu juga danial, kata nya mami tak payah masak untuk emma, mungkin dia balik...tengah hari emma talipon, tak jadi ,sebab mata Lena belum di periksa lagi .So dia minta masakkan bubur.....dah tiga hari kami belajar , naik bas,train dan tram pulang dari hospital...seronok juga kalau dah tau ........ pemandu2 bas ramai wanita.. teksi pula semua mercedes benz(semua model ada) just name it...kalau nak berposing jadi jutawan sekejap memang bolih..........jenis2 kereta kat sini memang canggih2....BMW,mercedes,volvo,alfa romeo,volkswagen dan banyak lagi...model2 yang jarang kita lihat kat sana......
Lihat gambar Lena imani dah susut sikit.......nyenyak betul dia tidur semasa kami melawat ,suhu badan dah normal......
Rumah di hias dengan belon2,bendera kecil.bouquet2 bunga yang di terima....dan ini "HOERA EEN MEISJE"(hurray,is a girl).......... 



Ribuan terima kasih kami ucapkan ,pada semua family members,kawan2 emma dan danial.Yang sudi mengirimkan kad ucapan,hadiah,bunga,comments......semoga semua ini ,akan menjadi kenangan manis untuk emma,danial dan lena imani semasa jauh di perantauan.....aminnnnn......
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment