Thursday, June 12, 2008

Scheveningen + Harbour + Peace Palace

Scheveningen

Pantai popular di The Hague. Naik kereta lebih kurang 20 minit.Bila musim panas pantai ini lah jadi tumpuan penduduk tempatan. Danial kata kalau hari panas pada hujung minggu,orang2 akan datang bersantai di sini-pantai penuh orang macam sardin! banyak aktiviti di sepanjang pantai.ada space untuk beach football & volley ball, playground untuk kanak2, surfing school dan banyak sekali beach cafe/restoran.Walau pun udara sejuk masa kami di sini, ramai juga orang muda yang bersurfing dan main layang-layang memandangkan angin kuat dan ombak besar.yang paling menarik ialah cafe/restoran di sepanjang pantai ini. concept nya beranika warna dan hiasan. lihat pada gambar2 mungkin boleh dapat idea untuk menghias taman dan rumah. Cafe ini di buka sehingga lewat malam. Cafe/restoran ni semuanya pasang siap. selepas musim panas semuanya akan ditanggalkan dan pantai ini akan lengang tanpa cafe/restoran.....







The harbour...
Sebuah jeti untuk nelayan2 memunggah tangkapan laut. ramai nelayan di sini berbangsa moroccan dan turkish yang telah bermastautin disini sejak 3 generasi lagi.Ikan2 dari sini lah yang di pasarkan untuk kegunaan tempatan. ada juga beberapa restoran di jeti yang menyajikan makanan laut yang segar.....



The Istana Keamanan The Hague ("Vredespaleis" in Dutch)...
Sebuah istana lama bentuk bangunan nampak unik tidak bercat,warna asli dari bahan2 binaan dan landscap yang menarik,penuh dengan bunga2an di hadapan bangunan... Ianya bukan istana kediaman the Queen, tetapi inilah Mahkamah Keadilan Antarabangsa. di sinilah perbicaraan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih diadakan.


Di kiri laluan masuk istana ada sebuah tugu api keamanan dunia, di kelilingi berbagai batu mewakili negara2 dari seluruh dunia termasuklah Malaysia......


1 comment:

zalina said...

Sayang, mami sampai mahkamah tu lambat, kalau cepat boleh fight untuk Malaysia utk dapatkan pulau batu putih tu.... terlepas dah.