Thursday, October 16, 2008

12.10.2008---Another auntie for Lena

Merisik
Hari ini masih dalam mood Raya lagi... kami dan beberapa ahli keluarga dah plan untuk pergi ke majlis merisik untuk Riza(my second son)..sebelum ni pun saya dah jmpa bakal bisan dan menantu di rumah mereka...just to know them better..mungkin dah sampai jodoh kot riza ni..tak semena-mena cakap pasal nak kahwin ..sebelum ni susah sangat,walaupun ada yang nak di match kan..so welcome Rozaina to the family..insyaallah tahun 2009 keluarga ni bertambah lagi ahli keluarga yang baru..by the time Lena pun dah besar sikit..cadang nya Riza nak majlis bertunang di adakan bulan June tahun depan ..kerana dia banyak kerja kata nya dan mungkin juga dia tak cukup budget lagi...so Riza pandai2 lah macam mana nak cukup kan duit nak kahwin..bila dia suruh saya pergi merisik, saya kata kan kat dia dah cukup duit ke!..ni jangan main2 anak dara orang..silap hari bulan masaalah nanti..tapi dia kata o.k. aje..apa2 syarat pun dia terima...ia lah oarang tengah bercinta kan semua nya o.k...terkedu juga kita sebangai seorang ibu kalau anak bujang kita kata begitu..sebagai ibu saya mendoa kan kebahgian mereka berdua hingga ke akhir hayat nanti ...sempat juga saya nasihat kan mereka to built up relation ship dan terima seada nya di antara mereka...






Kebetulan birthday Rozaina baru 2 hari lepas so sempat juga beli kek untuk dia potong




Cik ama(zalma) wakil ,sarung cincin tanda ke jari bakal menantu




Sanak saudara yang hadir di rumah Rozaina

No comments: