Akhir nya lena balik juga untuk beraya di Malaysia.Minggu ke empat Ramadan Emma,Danial dan Lena pulang ke sini.Sempat juga mereka berpuasa,solat tarawih dan bayar zakat...pergi bazar ramadan cari kuih dan makanan kegemaran...berbuka dan bersahur bersama-sama...mungkin lain suasana berpuasa di sini daripada di Holland...
Raya celebration
Bila dah dekat nak raya,saya pun teringat nak belikan Lena baju kurung. Mula2 memang ingat nak jahitkan untuk dia,tapi kerana kesuntukan masa saya beli yang ready made saja.Susah juga nak cari saiz untuk Lena,puas juga lah round shopping komplek tu...semua yang di jual tu saiz besar, paling kecil pun untuk baby umur satu tahun...oleh kerana Lena ni macam tinggi size nya so baju tu mungkin labuh sikit ,tapi tak apa sebab dia akan membesar juga ..saya beli kan dia dua pasang...kain cotton dan yang satin..pagi raya dia pakai yang cotton sebab cuaca panas dan Lena mudah berpeluh...seronok juga lihat Lena pertama kali pakai baju kurung...tapi nampak nya dia kurang selesa... tengah hari Lena dah tukar baju yang lebih ringkas..pertama kali nya menyambut hari Raya dengan Lena ..semua exited nak dukung ,bergambar dan melihat Lena dari dekat...nampak nya ramai family member dah kenal Lena semenjak mereka membaca blog ..
Lihat Lena berbaju kurung di pagi Raya cute tak.....
Lena spending time with her parents in the morning of raya day
Bergambar bersama uncle2 ,auntie2,opi,omi dan Lena...
Lena beraya dengan moyang dan family members sebelah opi....
Lena beraya dengan moyang dan family members sebelah omi....
1 comment:
Sooo nice Lena with here traditioneel close aan happy sugerparty over dear
Riek
Post a Comment