Friday, June 13, 2008

13.6.2008 - UEFA European Championship 2008

European Championship 2008

Minggu ni demam bola sana sini kat Europe.kita dapat lihat semangat ke sukanan di kalangan penduduk tempatan. ramai yang menghias rumah2 mereka dengan kain2 rentang dan bendera berwarna orange, meriah juga.... tahun ni pesta bola di adakan di Switzerland dan Austria.

Perlawanan pertama Holland dengan Itali, lebih kurang 50 ribu penyokong Holland pergi ke Switzerland-melalui darat atau udara... di tv ada siaran langsung dan setiap kali pasukan mereka bermain dan mendapat gol.... riuh rendah di buat nya. boleh dengar rumah2 jiran yang meniup trumpet,pukul gendang lah,bersorak lah.... ada jugak yang main bunga api.
tiap2 malam danial tengok bola....seronok dia bila pasukan holland menang.. dari minggu lepas Michel berharap yang Emma tak beranak masa holland main. dia memang kaki bola berbanding dengan adiknya.




Emma check-up di hospital

hari ini kami ikut emma pergi ke hospital Reinier de Graaf yang terletak di Delft.dalam 15 minit naik kereta dari rumah.Di hospital ini lah emma akan bersalin. pemeriksaan hari ini nak tentu kan bayi dalam kandungan okay dan boleh tunggu lagi seminggu sebelum induce. dia buat fetal monitoring, tengok pernafasan baby stabil dan jugak ultrasound untuk pastikan placenta masih cukup air untuk baby. alhamdulillah semuanya okay.

kalau sampai hari khamis (minggu ke 42) tak ada apa2 perubahan, dia kenalah induce... emma dah siap request yang dia nak bawa balik placenta dengan uri dan nak bersalin secara natural-no medicine/epidural kalau boleh.di sini mereka menghormati pemintaan pesakit2 dan memang mereka galakkan beranak secara natural kalau boleh.jarang2 sekali mereka mengesorkan untuk di bedah kecuali perlu.
iyelah. sini hospital tak de yang private. semuanya kerajaan tapi healthcare insurance adalah wajib.tak de insurance-no treatment. segala2nya insurance cover jadi tak de lah membebankan rakyat kalau kena treatment yang mahal2.dan orang hanya ke hospital bila doctor di klinik refer sahaja. tak boleh main walk-in je ke hospital.sakit apa2, pergi klinik dulu.bila perlu barulah doctor hantar ke hospital.

walaupun hospital dia hospital lama,tapi kemudahaannya semuanya yang terkini dan baru.layanan staff pun bagus dan mesra.cuma itulah.masa tunggu emma ingatkan nak melawat nursery dia, tapi tak tahu kat mana.maybe masa Emma bersalin nanti bolehlah tengok baby Dutch.

2 comments:

Anonymous said...

MAMI NI ADIK : ADIK RINDU KAN MAMI
MAMI SERONOK TAK DEKAT SANA?
HARI INI KITEORANG BUAT BIRTHDAY BABAH, BEST ..

mami zaitun said...

Seronok nya mami kat sini dik best betul,kalau adik kat sini pun adik tak nak balik..budak2 kat sini pergi sekolah tak payah pakai uniform,budak perempuan boleh pakai anting2dan berfesyen lagi.Bayang kan kalau kak ika kat sini mesti suka habis pergi sekolah boleh make-up hari2...mami pun rindu kat adik, tak de ke simpan sikit cake untuk mami.sayang adik muah... bye