Sampai di rumah Riek,tidak sangka,rumah teres dua tingkat with small garden depan dan belakang, tingkat atas ada attic. hiasan dalaman nya kayu moden,simple, lawa juga.. setibanya, kami dijamu dengan apple flap, juice dan cappuccino di taman belakang rumahnya. sedap juga rasa apple flap tu macam yang di-jual di-bakery. yang tak bestnya, dia ada seekor anjing namanya Rudy. umur dia pun dah tua-macam 80 tahun umur manusia.takut tu tak payah cakaplah. tapi bila kita buat tak tahu je kat dia, dia pun tak de lah nak datang dekat. Riek pun ada tunjuk kereta sorong zaman lama-lama yang dibelinya utk bakal cucunya. memang macam baru lagi kereta sorong tu walaupun dah lebih 50 tahun agaknya. Katanya satu hari dia nampak seorang perempuan tolak kereta sorong tu (dalam tu dia letak anak patung!) jadi dia pun tanya kalau perempuan tu nak jual kereta sorong tu. 50 euro bertukar tangan dan kereta sorong tu pun jadi miliknya.
Di-depan rumah nya ada tasik dan canal. rumah2 yang di-tepi tasik adalah rumah2 banglow dan kebanyakan mereka mempunyai bot sendiri. Hari ini cuaca mulai panas. Ramai yang berpicnic di-atas bot,mandi di-tasik dan duduk2 di garden belakang rumah sambil menikmati cahaya matahari..
Selepas rumah Riek, kami ke rumah Michel yang terletaknya 5 minit sahaja dari rumah Riek. Kebetulan sampai di sana, mak ayah Manon pun sampai. Kevin dan Esmee sibuk bermain di kawasan belakang rumah dengan anak-anak jiran. bebas betul anak-anak Dutch kat sini. boleh bermain di luar tanpa mak ayah nak risau. waktu ini juga lah michel dan manon sibuk menghias dan menyiapkan garden mereka...Michel dapat hadiah tempat barbeque untuk Father's Day.
2 comments:
benda yang paling i suka tengok ialah hiasan rumah dan garden. Rumah dekat tasik..... fulamak best nya....boleh tolong tanyakan harga rumah kat sana berapa? foreigner boleh beli ke? kalau dapat satu boleh gak family kita gilir2 holiday kat Holland..
tak teringin nak pindah sana??? hehehe...
Post a Comment