Mungkin ada yang nak tahu kenapa saya nak ke Holland.....dan apa kena mengena dengan saya.Last june 2007 anak sulung saya telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki belanda,bekerja di sini (the hague holland) majlis nya telah berlangsung secara tradisional melayu ,memeluk islam di perkim semua urusan di- kuala lumpur kecuali majlis pernikahan mereka memilih masjid terapung di-kuala terengganu.........
Setelah hampir setahun melayari bahtera berumahtangga anak saya juga tengah sarat mengandung , due first week of june 2008,first plan nak bersalin di-malaysia tapi sebab suami bekerja di-holland and yet insurance cover di-sana dan ada beberapa perkara lain yang dia fikir its better to be with her husband so she decided to deliver the baby there........
So bermula lah episod cerita ini.....pikir punya pikir macam mana ni ...kesian pula kalau tak kesana tapi nak tinggalkan rumah kurang 2 dua bulan banyak benda nak kena settlekan.
Dari nak booking ticket ,travel insurance ,matching the date with other family members yang akan ke-sini, semua nya kena settle kan sebelum musim summer ,kerana harga ticket akan naik dan seat susah nak dapat.
When my daughter(emma) call almost every week tanya dah prepare ke nak holland .....jawapan nye ada benda lagi yang belum settle......maybe dia fikir i am not coming....like 50-50......
At last ticket confirmed 1st June flight pukul 11.55pm, Malaysian Airline. Ada 2 minggu sebelum berangkat.After waiting quiet sometime at last the day had come.Me and Azura (my 3rd daughter) yang akan ke Holland awal2 lagi dah siap. at least we must be at the airport by 9pm and no later than that.
KLIA 1st June-
Me and Azura were reminded that only 20 kg luggage limit is allowed and also one hand luggage max 5kg. more than that kena bayar.Tapi biasa lah kita orang perempuan kalau travel lebih2 lagi nak ke oversea semua nak bawa, daun kari,daun pisang,daun pandan,bahan2 yang nak digunakan dalam pantang.Sampai kat airport pergi kat counter timbang luggage sampai 58kg...excess dlm 8kg lebih...macam mana ni? officer tu kata i have to pay more then RM1,000 so Fifi (my 2nd daughter) mencelah why not Azura approach other passenger to use their extra kg. Firstly i was thinking susah sikit sebab dah banyak kes yg terlibat dengan dadah,susah orang nak percaya kita walaupun kita betul2 memerlukan, telahan i betul when azura approach the first lady ,dia memang takut nak bekerjasama tapi when i ask the officer to explain to them only to use the extra kg, to tranfer it to us then they agreed...apa lagi tambah 2 kotak lagi selesai masalah pertama.
Penerbangan yang memenatkan-
Tepat pukul 11.55malam tempat duduk telah dipenuhi kebanyakan muka orang eropah dan sedikit orang asia,memang betul bulan jun,julai dan ogos adalah masa untuk mereka2 ni pergi bercuti sebab musim panas.waktu penerbangan dari K.L ke Amsterdam mengambil masa 12jam.Dengan pergerakan terhad dan mata mengantuk, amat lah memenatkan.supper dihidangkan pada pukul 12.30mlm walau pun dah lewat,ada lagi 11jam untuk sampai ke destinasi nak dituju sampai kejang kaki kerana kaku terduduk di kerusi,bila bosan tutup telinga dengan head phone dengar ayat2 suci al-quran dan zikirullah terus terlena.........
sarapan pagi di-hidang kan dan tepat pukul 6.55pagi pesawat yang kami naiki mendarat di lapangan terbang SCHIPHOL Amsterdam... Semasa menunggu dan mengambil bag2 kami ,apa yang merisaukan adakah bag2 yang dibawa will get through the custom officer,dok nampak penumpang muka2 asia kena punggah beg mereka,dalam hati terus berdoa ,YA ALLAH PERMUDAHKAN LAH PERJALANAN KU INI,teringat segala daun dan makanan yang dibawa nasib2 lah kalau lepas.........pikir punya pikir macam mana nak lepas ni, baik ikut belakang budak muda yang tak banyak bawa barang sekurang-kurang nya officer tu terlepas pandang....... sangkaan saya betul tanpa apa2 sekatan trolley yang dibawa terus saya tolak keluar dimana Emma & Daniel menunggu......syukur alhamdullilah......
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
amboi...terlepas jugak lah dari kastam..bestnyer trip mami macam adventure to holland. Semua orang tanya khabar mami kat sini, ini mimi,ika & adik tgh duduk sebelah sambil dengar ff baca blog mami. Dorang pun tergelak dengar celoteh mami. Cikama & Uncle Mie kirim salam. Bila ckp ngan cikama mami ada blog, cikama mcm tak percaya. Tgk lah..nanti cikama check out blog mami.
Everything is fine so far kat rumah, esok pagi nak bawa ika,mimi & adik pergi Sunway Lagoon, so dorang tidur overnight kat sini and tomorrow night as well. At least ada lah org temankan ff kalau tak sorang je kat rumah. Ija left to Brunei & didi biasalah, tidur siang keluar malam. Papi pulak rindu kat mami sampai papi masak sardin sendiri semalam for his dinner mkn ngan roti. First time! :) Ok lah, take care! See u soon!
yang we all kat sini tak kan nak baca blog n tengok gambar... nak ikut you all lah ke sana
Post a Comment