Tuesday, August 19, 2008

18.8.2008---The unforgetable monday





Kak Lang
Sejak balik ke malaysia memang dah lama tak menulis blog ni..macam2 benda yang berlaku yang memerlukan masa dan perhatian...pertama sekali hal kakak ,yang di panggil kak lang atau mak lang olih ahli keluarga..masa berada di holland lagi ,saya dapat tahu kak lang masuk hospital...sakit buah pingggang , yang memerlukan dialisis tiga kali seminggu..lebih teruk lagi apabila kena jangkitan kuman mesti tinggal di hospital kurang2 pun seminggu..dah lebih 6 bulan dia menjalani dialisis....kali ni teruk sikit bila saluran urat di leher membengkak..bila ahli keluarga hantar e-mail mengatakan keadaan nya dah teruk..saya rasa sedih tak dapat bersama dia...dalam kesedihan di holland sempat replied e-mail kat adik(ina),bagitau kak lang, saya dan family member diholland mendoa kan untuk dia supaya cepat sembuh...and i did mention to ina,zalma and jeman pasal mimpi ada kain kapan sampai kat rumah emak(gombak)sambil emak perhatikan...dalam e-mail tu saya katakan supaya kak lang kuat kan semagat,dan tunggu sehingga saya balik....

Hospital

Hari jumaat 1hb. 0g0s ,kami sampai ke malaysia pada pukul 4 petang...penat dan panas betul dengan cuaca 32 celsius..hari ni memang dah plan nak rehat aje..pukul 10 malam ,terima call dari kak lang dengan suara kurang jelas, kata nya bila nak melawat dia...i told her besok,sebab hari ni penat betul...o.k.lah dia replied..pagi2 lagi dah masak bubur untuk kak lang..tengah hari bila sampai kat wad ,dia tak ada..pergi dialisis kata nurse kat tingkat 2..bila pertama kali nampak kak lang memang tak kenal langsung, nasib baik ada jemi tengah suap bubur ...dalam hati sedih tak terkata,kenapa kak lang jadi macam ni..dan sempat berdoa pada allah supaya permudah kan perjalanan kak lang dan dalam hati juga saya ampun kan dosa2nya ..kak lang apa khabar? saya tanya pada dia ,sambil jemi menyuapkan bubur...memang nampak susah dia nak bercakap...since kak lang tengah buat dialisis kami tak di benar kan lama2 kat wad tu..jadi saya kata kat kak lang,nak ke gombak ..nak jumpa emak yang dah 2 bulan tak jumpa mungkin kalau sempat akan singgah petang nanti..so saya tinggal kan kak lang dgn jemi....



Tinggal kenangan
Pagi ni 18hb. memang dah buat appt. nak jumpa doktor...nak discuss tentang penyakit kak lang..kalau semua o.k. dah janji dengan dia nak bawa dia balik ke rumah..masa melawat dia hari jumaat , salah seorang doktor di wad kata dia bolih balik..tapi kena jumpa dengan DR. Wong yang incharge kes kaklang dulu to make sure everything o.k. dan ada orang jaga dia di rumah nanti .. dok sibuk nak masak pagi ni hingga terlewat nak ke hospital ...dalam pkul 10 pagi namit (abang) talipon mengatakan kak lang dah tenat..kata nya nurse yang bagi tahu ,so saya suruh dia pergi dulu sebab kalau naik motor cepat sikit sampai ..kalau apa2 terjadi at least ada family member yang mengadap kak lang waktu akhir nya ..tiba2 hujan turun lebat pagi ni,semasa driving namit talipon mengatakan kak lang dah meninggal dunia..dia pun tak sempat nak mengadap kak lang ..kerana motor nya rosak di kawasan hospital. ..masa nak cari parking sempat menangis kat guard supaya dapat memberi kelonggaran untuk letak kereta dekat dengan bangunan urologi dan memberi kan alasan bahawa kakak saya baru meninggal dan doktor nak jumpa ...dalam perjalanan ke wad tuhan saja yang tahu hati dan perasaan masa tu...sedih,menyesal dan marah pada diri sediri...kalau datang awal pagi ni mesti dapat mengadap kak lang pada saat2 akhir nya... lebih kurang pukul 10.30 pagi kak lang dah terbujur kaku di atas katil tanpa kehadiran sanak saudara..kesian kak lang .... tak sempat nak menjamah goreng pisang dan gulai pisang yang saya masak pagi ni khas untuk dia.... pada hari jumaat tu dia ada minta dan saya dah janji nak bawa kan....

Bila doktor menjelas kan kak lang jatuh di atas katil semasa buat pysiotherapy,dan mereka cuba selamat kan dengan CPR ..dan doktor suggest kan buat post mortem..kalau nak dapat lebih detail sebab2 kematian ..kami refuse..kak lang dah cukup terseksa dengan kesakitan yang dia tanggung selama lebih kurang 1 bulan lebih..jadi apa yang kami fikir kan masa tu biar lah jenazah nya di bawa pulang secepat mungkin..sempat juga saya tanya pada doktor ada tak mereka mengajar nya mengucap...ada kata nya..

Dalam kesedihan tu sempat juga kami adik beradik memberi tugas..supaya masing2 tak semua ke hospital..saya kata kan biar saya dan namit saja mengurus kan jenazah di hospital..yang lain2 tu uruskan hal kubur,kereta jenazah dan balik ke rumah emak..untuk persiapan pekebumian..jenazah kak lang kami minta untuk di mandi kan di hospital saja..dan saya juga buat pertama kali nya mengikuti sama2 memandikan jenazah dengan tunjuk ajar orang2 dari jawi..oleh kerana tak ada mayat lain kecuali kak lang saja, jadi proses nya dengan pihak hospital berjalan lancar ..tak perlu menunggu begitu lama..lebih kurang pukul 2 petang jenazah di bawa pulang..lepas solat asar jenazah di semadi kan di tanah perkuburan taman selaseh..di mana arwah rokiah (KIKI) di semadikan..AL-FATIHAH...







TAHLIL untuk Kak lang
Kami juga sempat membuat majlis tahlil 3 hari untuk arwah...sekarang ni yang paling kami semua risau, tentang emak ..bolih ke emak terima kenyataan.. bahawa kak lang dah meninggal dunia..kak lang memang rapat dengan emak..kadang2 tu apa saja ketidak puasan di hati emak ..kak lang lah yang tukang sampai kan kat adik beradik..jasa kak lang pada kami semua memang tiada siapa yang bolih ganti..bagitu juga pada anak2 buah yang nak kahwin..kak lang juga lah yang lebih sibuk daripada emak masing2...hari raya ni mungkin kurang meriah nya..kerana selalu nya kak lang yang buat kuih dan kek raya untuk di bahagi kan pada adik beradik...rendang, ketupat palas dan persiapan yang lain...emak cium kaklang dua kali..masa jenazah baru sampai dan bila jenazah nak di semadi kan ..dan dia juga sempat mendoa kan kak lang selamat di dunia dan di akhirat..dan selalu juga kami mengigatkan dia ampun kan dosa2 kak lang dan selalu mendoa kan bila lepas solat..semoga roh kak lang di tempat kan dengan ahli2 syurga ammmmmmmmmin...............
..

No comments: