Sunday, August 3, 2008

30.07.08-Brussels

Kami tidur semalam di Chaleroi,Belgium. Sampai pun dalam pukul 10 malam di hotel. Letak beg, mandi dan tidur.. Keesokkan harinya kami akan bertolak pulang ke The Hague. Singgah di bandar Brussel.

Brussels
Belgium terletak diantara Perancis dengan Holland. Bahasa yang digunakan adalah French dan Dutch. Yang ketara adalah bila masuk ke highway, jalannya yang tidak sebaik France dan Holland. Danial kata orang Belgium tak perlu bayar cukai jalan. Itulah sebabnya..




Kebetulan kami sampai betul2 depan istana lamanya.. Untuk masuk ke dalam adalah percuma, jadi kami ambil peluang untuk melawat. Sanggat cantik dan grand dalam istana ini. Setiap bilik ada fungsinya. Chandelier yang berharga berjuta2 menghiasi ceiling setiap bilik. Sayangnya camera tidak dibenarkan, jadi pengalaman ini tak dapat nak dikongsi bersama..



Di hadapan istana adalah sebuah taman yang agak besar. Kebetulan kami disini waktu lunch break. Ramai orang2 pejabat yang membeli sandwich dan bersantai dan menikmati cuaca panas di taman. Dan ramai juga yang berjogging pada hari panas ni. Agaknya waktu lunch sejam, mereka bersenam 30 minit dan makan 30 minit. Bagus jugak tu..


Selepas istana lama, kami ke Grand Place. Tempat utama di sini.. Dia satu square yang di kelilingi bangunan lama.. Sememangnya unik dan terjaga bangunan dia.. Memang lawa.. Makanan tengahhari ala European-sandwich ikan..




Merata2 kedai chocolate.. Semuanya jenama tersendiri.. Juga yang terkenal disini the embroidery dan lace nya. Lawa memang lawa, tapi mahal.. Takat tengok je lah..






Dah puas berjalan2 di sini, kami pun bertolak pulang ke The Hague.. Tamat lah sudah journey kami buat kali ini....

No comments: