Eiffel Tower
Pagi-pagi lagi kami (Papi and me) dah bangun untuk menaiki Eiffel Tower. Emma dan Danial sudah menaiki tower sebelum ni, jadi mereka nak berehat sedikit. Pada pukul 9.30 pagi kami dah menaikki metro untuk ke sana...memang seawal pagi dah ramai pelancung dari merata dunia dah bebaris panjang...dua sudut tiang untuk elevator dan dua lagi untuk menaikki tower dengan tangga..oleh kerana perjalanan kami jauh lagi,kami memilih naik elevator saja just nak simpan tenaga sikit...harga tiket untuk ke atas Euro4.80(first floor), Euro7.80(2rd floor)dan toplevel Euro12.00.. since alang2 dah kat sini,kami memilih untuk ke top level,walau pun kena queue panjang...
selepas penat menunggu tepat pukul 11pagi kami pun sampai ke puncak Eiffel Tower..seronok tak terkira,hilang segala rasa penat kerana beratur panjang...cuaca sejuk sangat di atas, nasib baik pakai baju lengan panjang dan dua lapis..melihat gelagat remaja2 yang mengigil kesejukan rasa nak tergelak pun ada..sempat suruh papi hantar sms kat didi dan riza di malaysia bahawa kami di puncak eiffel tower..kami sempat merakam kan pemandangan bandar Paris dari atas... bendera malaysia dan jarak jauh negara kita....kami menghabis kan lebih kurang 1/2 jam sebelum turun balik ke bawah ...kerana akan bertolak ke Brussel...
Selepas Eiffel Tower, kami ke Belleville untuk berjumpa anak2 di sana. Belleville adalah bahagian Paris yang mana ramai immigrant tinggal. Kawasan ini memang penuh dengan bangsa2 berlainan. Tidak terasa macam di Eropah bila sampai ke sini..Di Belleville ada pasar besar. Ingatkan pasar dia seperti flea market, tapi ia seperti pasar The Hague. Jual buah2an, sayur2an, ikan, daging, pakaian.. Ada juga barang2 yang menarik dan murah2.. Sempatlah membeli satu dua barang..
Selepas Belleville, kami nak membeli souvenir. Jadi Danial cadangkan ke Montemare. Memang banyak kedai souvenir. Kebetulan di kedai yang kami membeli barang, ada seorang lelaki, Indian Muslim yang berasal dari Sarawak. Sempat berborak dengan dia.
Journey ke Brussel
Sepanjang perjalanan melintasi France, pemandangan memang indah. Kiri kanan penuh degnan ladang gandum, jagung dan ternakan.. Rumah2 kampungnya seperti yang kita lihat dalam tv/poster... Sempat juga kami berhenti di sebuah perkampungan kecil bernama Salancy untuk bergambar di ladang.
No comments:
Post a Comment