Een moeder...
Ibu...mak..umi..mami..mama.perkataan yang sangat popular dan selalu kita dengar bila anak ,kita dan saya sendiri guna kan ..hari2 di sebut..kadang2 sebagai ibu naik rimas pula kalau anak kita asyik memanggil-manggil..dulu masa anak2 masih kecil,mereka selalu panggil mami!!!mami!!mami!!sampai naik rimas di buat nya..sekarang bila mereka dah dewasa dan sibuk dengan aktiviti masing2 rasa sunyi pulak.tak kedengaran lagi suara2 yang riuh rendah saperti dulu..itu lah hakikat yang akan di lalui semua wanita yang bergelar IBU..
Tanggung Jawab seorang isteri,ibu dan anak....
Sekarang ni, rutin saya,lima hari seminggu saya akan ke Gombak untuk bersama-sama ibu ..dari pukul 11pagi hingga lah lima petang .. pada hari Selasa dan Khamis pula saya akan pulang awal sikit untuk terus ke Masjid Negara ..hujung minggu ,public holiday masa untuk rumah , keluarga dan diri sendiri..kadang2 banyak benda kita plan nak buat,tetapi kadang2tu kita kena juga sacrifice pada mereka yang memerlukan ..terutama pada seorang yang bergelar IBU..................
Demi seorang ibu...
Dah beberapa minggu, saya meluangkan masa bersama ibu..iya lah semenjak kakak2 saya kembali kerahmatullah,dulu bukan tak ada masa cuma sebab kakak2 masih ada..jadi mereka lah yang banyak menjaga ibu..sekarang ni lain sikit,masa dah mengubah segala2 nya..bila teringat pada jasa2 arwah pada ibu,saya tak dapat bayangkan boleh ke!!..saya buat saperti mereka untuk menjaga dan mengembirakan hati ibu..dulu masa ibu masih kuat, semua anak2 perempuan yang bersalin di jaganya,especially dalam pantang,sampai 40 hari..dari mengurut,makan jamu dan mandi air daun2,semua disiapkan..termasuk lah memandikan baby..pengalaman saya sendiri masa melahirkan empat orang anak dan empat kali dalam pantang ,ibu menjaga dan mengajar cara2 berpantang..pernah sekali tu kerana terlalu berpantang , banyak sangat makan jamu, pagi dan petang hingga saya termuntah muntah kan jamu..tapi akhirnya dalam tempuh 40 hari berpantang,saya rasa kagum dengan hasil nya..bentuk badan saya kembali saperti asal..banyak lagi yang ibu ajarkan kepada kami terutamanya pada anak perempuan ,supaya jaga makan minum suami dan anak2..hingga sekarang kalau jumpa menantu2 lelaki nya dia akan tanya pada kami ,dah makan minum ke mereka ..kalau belum dia akan suruh kami siapkan..dan sekarang tiba pula kita membalas jasa ibu..menjaga makan ,minum dan kesihatan nya..betul lah kenapa banyak hadith2 yang menyeru supaya anak2 berbuat baik pada ibu bapa mereka...lebih2 lagi bila kita dah jadi seorang ibu
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment