Saturday, February 14, 2009

My daughter......Rina Azura

My daughter..Azura...
Anak saya yang ke empat dari lima beradik,berpewatakan lembut tapi memang mempunyai cita rasa yang tinggi..pernah tinggal setahun di Jepun,dan suka sangat dengan makanan Jepun..mula2 memang dia hendak melanjutkan pelajaran di Universiti sana dan
sanggup mengambil kursus bahasa Jepun secara intensive di Institut bahasa Jepun di sini..dan menghadir kan diri,sesi temuduga kemasukan ke Universiti di Tokyo ..apabila lulus dia telah mendapat tawaran biasiswa selama dua tahun..tapi oleh kerana tahun pertama perbelajaan di biaya sendiri dan tempoh yang di beri pihak Universiti kepada kami begitu singkat untuk buat keputusan...jadi kami tak sanggup nak ambil risiko...dan untuk reduce the cost kami suruh azura belajar saja di sini dan sambung lah belajar di luar negara bila masa sesuai..

JANJI tetap janji..
Oleh kerana dia tak dapat belajar di Jepun,memang semua rasa kecewa..especially Azura,dia dah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai cita2nya..itu lah qada dan qadar ALLAH yang menentukan,kita sebagai manusia merancang dan berusaha saja..walau bagai mana pun dia tak putus asa,sebaik habis belajar di sini dia dapat offer untuk sambung belajar di Universiti Canberra selama setahun..oleh kerana kami dah berjanji,dan atas kemahuan dia kami ikut kan saja...

Canberra Australia..
Sepatut nya kami dah berada di Canberra Australia..tiket yang dijadual kan pada 13hb.,terpaksa di tunda ..dua hari sebelum berangkat Azura sakit hingga admitted diSJMC selama tiga hari,apabila di x-tray paru2 sebelah kiri 15% ada white spot..so atas nasihat doktor, dia kena berehat ,dan dalam masa satu minggu dia kena buat medical check-up lagi.. kalau everything O.k...baru lah dia boleh proceed..sebagai ibu ,saya memang selalu berdoa untuk anak2, selebih nya kita serah pada ALLAH ..Insyaallah everything will be o.k...selalu juga saya ingat kan anak2 , jangan lupa tanggung jawab kepada ALLAH..lagi2 kalau kita sakit..sesibuk mana sekali pun hal2 dunia,hidup kita kena balace.. baru lah ada keberkatan nya..

1 comment:

Yantee Zainudin said...

Salam Auntie, apa khabar? dah lama x bukak blog auntie br hari ni berkesempatan. Maklumlah sibuk dgn Danish & Rayyan + fetus 13 weeks he..he.. Mcm mana Azu dah sihat hope dia o.k. Kirim saam saya kat Azu tahniah kerana dpt melanjutkan pelajaran. Auntie nanti saya nk ajak auntie gi makan kat restoran yg masuk tv astro 'warung kita'. Kedai tu kat dgn Giant Kelana Jaya makan nasi putih dgn ikan bakar kuah asam pedas + dessert. Tapi saya x dpt nama kedai tu hope auntie tahu.