Hospital....
Kalau sebut aje rumah sakit, rumah mayat ramai yang tak suka ke sana..tapi kalau dah terpaksa , apa pilihan yang ada,suka tak suka kita kena hadapinya juga ..pengalaman saya dengan hospital memang banyak,bukan kerana saya bertugas di sana,tapi oleh kerana saya kerap menjaga orang sakit dan yang menghadapi kematian..mula2 dulu, bila saya ke hospital saya rasa meloya ,hilang selera dan macam nak pitam pun ada, lebih2 lagi kalau nampak darah... sekarang ni Alhamdullilah...dah biasa kot ..perasaan tu hilang dengan sendiri nya..bak kata orang2 tua... alah bisa tegal biasa..
Kematian...
Bila kita berada di wad hospital,kerap sangat kita melihat kematian..pernah suatu ketika dulu, saya merasa kan dua perasaan yang berbeza,kalau boleh saya nak semua yang membaca blog ini membayang kan suasana yang sama ..merasai kesusahan orang yang sedang menghadapi sakratul maut dan.... di suatu keadaan pula orang yang sedang bergembira, duduk2 di sebuah louge sambil mendengar muzik...yang tengah nazak, dah tentu merasakan kematian tu semakin hampir ,dah tiada apa yang dapat membantu,kecuali amalan dan iman... untuk bertaubat pun mungkin tak sempat...dan lain pula keadaan nya,dengan mereka yang tengah bergembira ,seronok dan tak mungkin mereka fikir hal2 mati..bagi mereka mati tu masih jauh lagi..mungkin bila dah tua,20-30 tahun lagi...
Cerita2 benar dan menginsaf kan...
Ini di cerita sendiri oleh seorang wanita yang saya temui di pharmasi hospital..masa saya nak ambil ubat untuk arwah kakak saya tempoh hari..oleh kerana nombor giliran agak panjang, saya mengambil keputusan untuk bediri jauh sikit dari kesesakan orang ramai..kebetulan datang seorang wanita bediri di sebelah saya..kerana terlalu bosan menunggu, saya pun berbual bual dengan nya..saya tanya sakit apa, dan dah berapa lama sakit..wanita ni berpewatakan tenang dan ikhlas..memang bukan dari golongan yang senang,kerja sebagai cleaner di Jaya Jusco Wangsa Maju..tapi dia redha dengan ketentuan ALLAH terhadap sakit yang di tanggungnya..pernah masuk wad dan ada beberapa peristiwa, yang di cerita kan pada saya sendiri ,di mana kita semua boleh ambil sebagai iktibar.....tentang azab sakratul maut..peristiwa pertama:seorang pesakit wanita dari Perak yang terpaksa meninggal kan anak yang masih kecil, dan suami yang susah di kampung..kerana redha dengan kesusahan, kepayahan dan kesakitan yang di tanggung...ALLAH memudah kan perjalanan nya bila nak meninggal...semasa mereka berbual bual, tiba2 dia rasa mengatuk sangat dan minta izin nak baring sekejap dan bila dia baring terus dia meninggal...peristiwa kedua: seorang remaja melayu koma,walau pun ada yang menjaga, tapi tak seorang pun yang membacakan, ayat2 suci dan mengajar nya kalimah2 ALLAH..sehingga saat2 akhir nya ..meninggal lah dia dalam kesusahan..peristiwa ketiga: seorang wanita India,yang tengah nazak, mengadapi sakratul maut,oleh kerana tak tertahan sakit nya, dia meronta-ronta kesakitan ,sehingga tercabut tiub darah di lengan nya.. dan darah terpancut-pacut keluar..hingga terkena cadar dan pakaian nya..
Gangguan makhluk halus..
Bila kita sakit, badan kita menjadi lemah..bila lemah macam2 yang datang mmenganggu..sebab tu orang sakit, kena solat walau pun dalam keadaan baring..ramai yang saya perhatikan ,pesakit dan keluarga2 mereka ambil mudah tentang solat..pernah sekali jururawat kata pada saya wad tu memang ada yang menganggu..lebih2 lagi masuk nya waktu maghrib..pengalaman saya sendiri bermalam di wad, dan membaca surah yassin untuk menghalang makhluk halus dari menganggu pesakit..
ada juga pesakit meracau dan bercakap dengan makhluk ni.. tak kurang juga yang nampak dan ada juga yang tak lena tidur.. memang syaitan dan iblis dah bersumpah akan menggangu anak2 adam ..lebih2 lagi untuk menyesat kan kita di akhir hayat. ......sama2 lah kita berdoa semoga ALLAH permudah kan perjalanan kita kelak..AMINNNNN.....
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Auntie,terima kasih kerana mengingatkan saya tentang kesakitan&kematian.Mmg kita disuruh beringat supaya lebih insaf.Saya teringat semasa 15hari ayah saya di hospital.Sama mcm auntie,dulu saya x boleh bau hospital.Tapi bila ayah sendiri dah disana kami sekeluarga berkampung di hospital,solat,makan semua dilakukan di bilik dimana ayah ditempatkan.Mujur ada seorg ustaz yg juga anak saudara mak mengajarkan kami uruskan solat utk ayah semasa dia terlantar.Saya rasa insaf semasa dipilih ayah utk menemankan dia membuat pemeriksaan 'colonskopic'. Ayah yg jg pemakanan no junk food,no fast food,no lauk semalam,no gassy drink pun boleh kena colone ulser apa lagi kita yg makan apa yg nampak sedap dimata. Hope semua jaga pemakanan. Sejak pregnant lagi saya rasa takut pulak bila teringat waktu sakit melahirkan. Mungkin sakaratul maut lebih dahsyat dr itu.Semoga hidup & amalan kita diberkati Allah,amin.
Post a Comment