Thursday, July 17, 2008

17.7.2008-Lena's birthday

Lena - 1 jam



Lena - 1 bulan






Hari ni genap Lena sebulan..rasa2 nya macam baru semalam saja dia lahir..dok melayan dia hari2 hingga tak sedar dah sebulan masa berlalu..mungkin semua ni akan terasa bila kami pulang ke malaysia nanti..sekarang baru kami rasa kasih seorang nenek/datuk pada cucu nya..dulu ramai yang kata..kalau anak2 tinggal dengan nenek, mereka susah nak disiplin kan cucu... tapi sekarang lain sikit kot,nenek/datuk moden thinking ,banyak pengalaman dan knowledge yang bolih di kongsi bersama untuk membesar kan cucu...dah cakap dgn emma at least Lena will pick up three languages english, dutch and melayu.. kebetulan paspot Lena baru saja siap diambil hari ini. Mengikut Papi, gambar Lena sebiji macam gambar Emma dalam paspot dulu.. kecuali mata Emma tertutup dan rambut lebat,Lena pula mata terbuka luas...






PAPI'S CORNER..(kes pertama)
(Cerita Papi), lepas balik dari rumah Ammy (Hoofddorp) dan rumah Riek, kami dihantar balik oleh Michel. Waktu masih awal (8.30 malam), rasa seronok nak berbasikal sedangkan dirumah Ammy pun berbasikal bersama Ed dan begitu juga lepas cruise dirumah Riek berbasikal keliling tasik.

Kali ni berbasikal ke tempat2 baru termasuk Den Haag Central Station. Masaalah sikit disini bila nak cross jalan.... seumur hidup kita lihat kanan, kiri dan kanan, tapi sini opposite. Nak jadikan cerita, masa cross, mata liar kanan, kiri, kiri, kanan sebab jalan tram juga kena perhatikan sambil kayuhan memecut macam pelumba Le Tour De Langkawi .. kebetulan kereta Peronda Polis berhenti disimpang.... dalam hati dah agak kena tahan ke aku ni.. tapi bila jalan terus tak ada pula... rupa2nya kurang 5 minit kereta peronda berhenti ditepi jalan dan 2 polis wanita menahan saya.

Approaches mereka begitu professional. Dimulakan dengan handshake dan mereka menjelaskan maksud penahanan untuk memeriksa basikal yang mana kes2 kecurian basikal adalah tinggi. Mereka begitu teliti memeriksa nombor chasis basikal dan soalan2 lain2sambil memeriksa dokumen peribadi termasuk alamat tinggal. Saya kagum tatacara mereka menjalankan tugas sambil memberi ucapan tahniah kerana mendapat cucu.


KES KEDUA..
Keesokan hari (Rabu), sabelum ke Albert Heijn supermarket.. apabila buka freezer, kelihatan botol susu lembu. Kebetulan memang keturunan saya (Pathan)memang suka susu lembu Asli... tak susah nak faham, ada gambar kepala lembu dan tulisan Dutch diantara nya perkataan 'Mild'.. lalu di minum satengah cawan.. rasanya pekat dan manis2 semacam ýoghurt dan kemudiannya berbasikal ke supermarket.



Di supermarket, saya beli sebotol lagi kerana baki dirumah tinggal setengah. Semasa dikedai Turkey, perut mula memulas dan risau juga kalau2 tak sempat sampai rumah. Masa keluarkan barang2 shopping di rumah, Mami suruh habiskan baki yang tinggal di peti ais.

Mulai pukul 3 petang... mula masuk keluar tandas beberapa kali.....bila emma pergi ke dapur dan tanya pada mami kenapa botol tu dah kosong. mami kata papi dah habis minum.. dia nampak kehairanan.."papi minum??"."iya lah kenapa?" kata mami lagi. "itu kan soya bean or fresh milk?" .. "no ..no..that is creamer untuk coffee or tea", emma menjawab.. "oh no!!! baru mami teringat kenapa papi dari tadi asyik keluar masuk bilik air saja", kata nya pada emma..kebanyakan produk di sini di tulis dalam bahasa dutch...bagi kita yang buta bahasa ni ...memang banyak masaalah ..especially di supermarket..



Dikawasan tempat tinggal Rijswijk dan The Hague, jumlah penduduk Islam adalah tinggi, nak cari bekalan halal begitu mudah, malahan supermarket Albert Heijn juga menjual bekalan daging2, sosej dan produk halal. Albert Heijn ada dimana2. Pada pandangan saya, Kerajaan Belanda mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap penduduk Islam. Channel 'Garuda' berbahasa Indonesia juga ada. Mengikut pendapat penduduk Belanda Asli (Orang Puteh), pendatang2 daripada Surinam, Indonesia, Morocco, Turkey dan sebgainya kurang berinteraksi dan assimilate dengan penduduk tempatan dan itulah penyebab pemahaman yang kurang oleh penduduk Belanda Asli yang mana saya dapati ianya ada kebenarannya. Malah 2 orang beragama Islam dilantik sebagai menteri oleh kerajaan sekarang.

No comments: