Saturday, July 26, 2008

25.07.08 - Fishing Trip-Laut Utara

Saya bukanlah seorang kaki pancing, tapi hakikatnya memang mempunyai minat memancing. Melalui sisipan 'Joran' melalui Berita Harian saya membaca dan mengikuti cerita2 mengenai memancing.

Apabila Danial (menantu) bertanyakan kepada saya samada nak pergi memancing dilaut, saya terus mengatakan 'ÝA'. Hari tersebut saya bangun agak awal daripada hari2 biasa dibandingkan daripada hari2 lain, maklumkan cuaca sejuk dan bercuti, pukul 8.30-9 pagi baru bangun. Pukul 6.30 Ed dan Ammy sampai kerumah. Dan kami bertolak keJeti diScheveningen iaitu Pusat Peraningnan yang paling terkenal diHolland.Perjalanan kejeti hanya mengambil masa l.kurang 25 minit.

Terdapat 4 buah kapal besar dimna panjangnya l.kurang 25-40 meter setiap satu dan telah dipenuhi dengan kaki2 pancing yang telah mengambil tempat masing2 bagi setiap kapal. Kami memileh kapada yang paling kecil yang boleh memuatkan maksimum 70 orang. Kadar bayaran yang dikenakan ialah Euro35.00 seorang dan sewa Joran Euro10.00. Kami bertiga adalah bukan kaki pancing dan tidak membuat persediaan sewajarnya tanpa bekas mengisi ikan dan peralatan lain.

Kapal bertolak pada pukul 8 pagi, cuaca baik sekali dan panas tetapi angin sejuk Laut Utara (North Sea)menyegarkan. Perjalanan agak jauh dengan melepasi 2 pelantar carigali minyak dan laluan kapal2 kargo besar. Pemberhentian pada lubuk pertama salepas 80 minit bertolak, tiada yang berjaya mendapatkan ikan. Berubah katempat kedua salepas 5 minit. Disini, seorang berjaya mendapat 3 ekor sekali sentapan. Berubah ketempat lain salepas 10 minit dan selanjutnya kabeberapa tempat lainnya beberapa kali.

Pada lubuk ke-6, tangkapan begitu menjadi, dalam 10 balingan, 6 taupun 7 kali mesti mendapat tangkapan. Sekali sentapan, kalau tidak 5 ataupun 6 ekor, 3 ataupun 4 mesti dapat. Pada waktu inilah saya sudah merasa mual dan loya mabuk laut. Muntah keluar beberapa kali, dalam keseronokan pancingan dan mabuk laut, keadaan menjadi tak menentu.

Diantara kami bertiga, Ed yang paling aktif dan cepat belajar membaling pancing hasil tunjuk ajar anak kapal. Disabelah kami, dua beranak keturunan Turki begitu menjadi. Menuruk mereka, pada hari sabelumnya mereka dan seorang kawan mendapat l.kurang 70 ekor ikan "Mackarel". Hari ini mereka lebeh bersedia dengan 2 tong bersais 50 liter. Kami hanya membawa plastik biasa.

Dalam keadaan keseronokan memancing dan mabuk laut, saya menggagahkan diri membaling mata kail dan teruja akan hasilnya. Tangan dan badan kepenatan melontar, menarik dan mengutip ikan2 yang mana setiap kali pancingan akan mendapat 3-4 ekor ikan malahan kadang2 5 ekor. Kami bertiga memang penat, tetapi 2 beranak Turki begitu aktif sekali.

Satelah melihat tangkapan kami yang memenuhi bag dan plastik besar, tangkapan seterusnya dimasukkan kedalam tong Turki. Pandangan kawasan sekitar amat indah dengan burung2 'Seagull' beterbangan kawasan sekitar memancing. 4 buah bot memancing berada disekitar kawasan yang sama.

Tangan dan badan masing2 kotor dengan sisik dan hanyir Mackarel. Sisik Mackeral adalah halus dan badan agak licin untuk dipegang. Boleh dikatakan, tidak ada seorang pun yang hampa. Bagi mereka2 yang telah biasa, mereka siap dengan peralatan dan bekas2 untuk menyiang dan membersehkan ikan. Semua sibuk dengan hasil tangkapan.

Pada musim Panas 'Summer', hanya ikan Mackeral sahaja yang boleh didapati. Manakala ikan2 Kod dan lain pada musim2 yang lain. Kami bertoak pulang pada pukul 1 t. hari dan sampai jeti pada pukul 3.30 petang.

Saya dan Danial mendapat sejumlah 96 ekor dan kemungkinan Ed mendapat lebih kurang 50 ekor. Makan malam kami pada hari tersebut berlaukkan Kari dan goreng Mackeral. Dicicah dengan kicap paling menyelerakan.





1 comment:

Rose Cookies said...

ini bleh membuatkan pak long ke sana ni... nasib baik dia baru lepas operation kalau tak mesti dah flight pergi sana...