Thursday, July 31, 2008

28.7.2008-Bonjour Paris!

Paris, France

Pukul 10pagi kami bertolak ke destinasi seterus nya-Paris..dan kami akan bermalam di sini semalam dan keesokkan harinya ke Brussel pula..

Di sini, kami melawat beberapa tempat dengan menaikki metro..Emma dah beli tiket metro yang valid untuk 2 hari, zon 1-3.. kita boleh gunakan seberapa banyak perjalanan yang kita mahu.. dari hotel ke station hanya 5 minit jalan kaki..


Letak sahaja beg di hotel, kami terus ke destinasi pertama-Eiffel Tower.cuaca hari ini sememang panas 27-29 degrees celcius..walaupun kita berjalan dalam panas tapi tak berpeluh macam cuaca kita.. ia panas kering.. terasa bahangnya sebab disini tak macam negara kita. mana2 sahaja ada aircon. kenalah tahan saja bahangnya..

Eiffel Tower
Pertama kali melihat Eiffel tower kat depan kita rasa seronok sangat..macam tak percaya boleh sampai kat sini..oleh kerana melihat line orang beratur untuk naik ke atas amatlah panjang, kami plan untuk naik ke atas tower awal pagi esok sahaja..





Boat City tour
Puas bergambar depan Eiffel Tower, kami menaiki river cruise disepanjang River Seine. Boatnya boleh hop on hop off. Jadi kami berhenti di dua tempat untuk hari ini-Notre Dame dan Musee de Louvre.








Notre Dame
Gereja lama yang jadi terkenal dari buku The Hunchback of Notre Dame. Untuk masuk ke dalam percuma, tapi bagi kami untuk masuk ke gereja, tak apalah.. Hanya setakat untuk lihat di luar sahaja, dan untuk guna tandas percumanya! Sini nak ke tandas kena bayar-kurang2 50 sen.








Muzium Louvre (art museum)
Terkenal dengan lukisan Leonardo Da Vinci-Mona Lisa. Sememangnya bangunannya unik dan besar. Kami tidak ke dalam. Hanya jalan dan bergambar di luar. Kalau nak ke dalam, kenalah luangkan satu hari suntuk untuk appreciate lukisan2 yang ada.



No comments: