Hari ni pukul 9.40 pagi kami semua bertolak ke Lille, sebuah bandar besar di Utara France dengan menaikki van yang boleh memuat kan 9 orang penumpang. Perjalanan akan melintasi Belgium, jadi kami pun singgah di bandar Antwerp untuk ke pasar terbukanya.
Antwerp, Belgium
Bandar Antwerp sememangnya terkenal dengan industri permata. 70% permata di dunia datangnya dari sini. Sampai sahaja di bandarnya, memang kelihatan kedai2 barang kemas di serata bandar. Industri permata di sini dimonopolikan oleh orang Yahudi. Antwerp mempunyai populasi Yahudi kedua terbesar di Belgium. Satu pengalaman yang lain melihat orang-orang Yahudi dengan pakaian traditionalnya. Lelaki dengan rambut dan topinya manakala perempuan dengan skirt labuh.
Vogel markt(bird market)
Pasar terbuka di Antwerp yang diadakan setiap hari Ahad. Bukan sahaja ia menjual bermacam-macam barang seperti baju2,perkakas rumah,makanan tetapi juga binatang2 saperti arnab,burung2,itik,ayam,hamster dan lain2.. Yang uniknya ialah species burung yg bermacam2.Sememangnya orang sini suka memelihara burung sebagai pet.
Semestinya di Belgium, kenalah makan Belgian Waffel dan beli chocolatenya..
Lille, France
Kami akan bermalam di sini. Sampai di hotel petang. Berehat sedikit dan malamnya kami melawat di sekitar bandar..bila kita masuk saja ke negara France ini ,apa yang mengagumkan ia lah bangunan2 yang kaya dengan seni bina lama ...orang2nya yang cinta kan kesenian saperti tarian,lukisan dan berpakaian... orang perancis juga memang berjaya dan terkenal dalam bidang perladangan..bidang ini menjadi agricultural heritage...dalam negara2 eropah ,France negara ke 4 terkaya dan terbesar (tidak termasuk european Rusia)..mempunyai 57 juta penduduk..dan pelancong yang datang setiap tahun pun mencecah jumlah yang sama...
Bila jalan2 sekitar bandar Lille kami sempat singgah di culture center..meriah betul suasana di sini..ramai pasangan tengah menari mengikut rentak lagu.. tango agaknya. sambil menari mereka berhati-hati mengira step tarian..kebanyakan mereka memang pandai menari dengan cara yang betul...
Bangunan2 disekitar bandarnya juga cantik dengan seni bina lama...
No comments:
Post a Comment